Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Dua beradik warga India ditahan di Thailand pada Khamis berhubung insiden kebakaran di sebuah kelab malam di Goa yang mengorbankan 25 orang, menurut Ketua Menteri Goa, Pramod Sawant. Mereka dikenal pasti sebagai Saurabh dan Gaurav Luthra, yang digambarkan sebagai rakan kongsi pemilik premis berkenaan.
Transcript
00:00Dua beradik warga India ditahan di Thailand pada Khamis berhubung insiden kebakaran di sebuah klub malam di Goa yang mengorbankan 25 orang.
00:10Menurut Ketua Menteri Goa, Pramod Sawan, mereka dikenalpasti sebagai Saurav dan Gaurav Lutra yang digambarkan sebagai rakan kongsi pemilik premis berkenaan.
00:19Sebelum itu, sebuah mahkamah tempatan di Delhi menolak permohonan pelindungan sementara daripada tangkapan yang difilkan kedua-duanya.
00:30Peguam mereka memaklumkan kepada mahkamah bahawa Saurav dan Gaurav berada di Thailand atas urusan perniagaan dan mendakwa mereka bukan pemilik klub malam Birch by Romeo Lane di Arpora, sebaliknya hanya pemegang lesin.
00:44Kebakaran trajis itu berlaku sekitar tengah malam Sabtu lalu dan merebak pantas di dalam klub berkenaan.
00:52Peguam mereka Tanvir Ahmed Mer ketika dihubungi berkata beliau belum menerima pengesahan rasmi mengenai penahanan itu namun menegaskan dua beradik itu sedang berdepan dengan kerajaan yang pendendam.
01:04Beliau turut menjelaskan bahawa mereka berada di Thailand kerana dalam proses membuka sebuah restoran di Phuket.
01:11Setakat ini pihak berkuasa India telah menahan enam individu lain dalam siasatan tersebut termasuk lima kaki tangan klub malam terbabit.
01:20Peguam Lutra berhujah di mahkamah bahawa urusan harian klub dikendalikan sepenuhnya oleh para pekerja dan dua beradik itu tidak wajar dipertanggungjawabkan.
01:31Kerajaan India turut mengumumkan pemberian pampasan kepada keluarga mangsa termasuk sekurang-kurangnya empat pelancong dan empat belas pekerja klub.
01:39Goa yang terkenal sebagai destinasi pelancongan dengan pantai dan kawasan berbukit menerima sekitar 5.5 juta pelancong termasuk 271,000 pelawat asing dalam separuh pertama tahun ini.
01:53Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended