Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Tatkala pihak kerajaan sedang menyiapkan jambatan darurat, penduduk di Teupin Manee menggunakan troli berwayar merentas sungai untuk menghantar bekalan makanan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Orang ramai masih menggunakan kabel troli untuk mengirimkan barang di jalan utama lintas Sumatera apabila jambatan Tupin Mani di sungai Kroeng Pusangan roboh akibat banjir besar yang melanda sebahagian wilayah Aceh pada 26 November lalu.
00:17Tinjauan Israwani menyaksikan dua troli diubah suai sebagai alat pengangkutan untuk membawa barangan asas seperti beras dan sayur-sayuran.
00:30Malah orang ramai turut menggunakan perhubungan alternatif mencabar itu kerana jarak ketinggian dengan sungai yang boleh mencecah sehingga 100 meter dan aliran sungai deras.
00:41Menurut penduduk tempatan yang ditemui, golongan lelaki dewasa turut membantu menarik tali agar troli tersebut dapat menyebrang bagi menghantar barangan transaksi dari pagi sehingga jam 6 petang.
00:53Orang ramai dari lokasi berdekatan turut menyaksikan aktiviti yang difahamkan telah bermula beberapa hari selepas kejadian apabila kedua-dua kawasan di antara kampung Tupin Mani dengan Sinobok Dalam telah terputus.
01:06Pada masa sama, tinjauan mendapati pasukan tentera negara Indonesia TNI turut bertungkus lumus menyiapkan sebuah jambatan darurat untuk digunakan sebagai jalan perhubungan.
01:18Untuk rekod, laluan ini juga merupakan antara laluan utama menghubungkan Bandar Aceh ke Takenon iaitu sebuah kawasan industri kopi yang turut terkesan akibat bah besar itu.
01:27Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended