Yayasan itu dalam kenyataan memaklumkan, setakat ini 18 inisiatif bantuan banjir telah disalurkan, memberi manfaat kepada lebih 10,700 individu dan keluarga di Kelantan, Kedah, Perlis, Perak, Pahang, Terengganu serta Selangor.
00:00Yayasan Hasanah menyumbang lebih 1.09 juta ringgit bagi bantuan banjir dan pemulihan kepada komuniti yang terjejas akibat monsoon timur laut.
00:11Sumbangan tersebut dibiayai Hazanah National Berhak Hazanah dan disokong Kementerian Keuangan MOF melalui dana bantuan JLC demi rakyat dan negara GDRN.
00:21Yayasan itu dalam kenyataan memaklumkan setakat ini 18 inisiatif bantuan banjir telah disalurkan untuk manfaat 10,700 individu dan keluarga di Kelantan, Kedah, Perlis, Perak, Pahang, Terengganu serta Selangor.
00:37Sepanjang tahun ini, Yayasan Hasanah telah menyalurkan bantuan melalui kerjasama dengan pelbagai badan kemanusiaan dan bantuan bencana untuk memastikan sokongan yang cepat dan bersasar ketika banjir melanda beberapa kawasan di negara ini.
00:52Hazanah juga meningkatkan sumbangannya melalui Yayasan Hasanah kepada 5 juta ringgit.
00:57Sementara itu, Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Siti Kamariah Ahmad Subki berkata, pihaknya telah bekerjasama secara proaktif dengan rakan pelaksana dan agensi utama termasuk NADMA dalam memastikan bantuan disalurkan segera.
01:13Pelancangan awal membolehkan pihaknya menjangka keperluan, menempatkan bantuan lebih awal dan memperoleh barangan penting dalam tempoh 48 jam pertama bagi keluarga yang terjejas.
01:24Selain fasa kecemasan, fokus Yayasan Hasanah adalah menyokong keluarga dalam pemulihan pasca banjir memastikan mereka dapat kembali ke rumah dan komuniti yang selamat.
01:35Bantuan yang disalurkan termasuk makanan sedia dimakan, kit kebersihan DV, sokongan bahan api untuk bot, bantuan perubatan dan kit kecemasan.
Be the first to comment