Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
26 syarikat didenda RM97.31 juta kerana kartel tipu bida perolehan awam hampir RM500 juta, KPDN dan MyCC terus kuatkuasa Akta Persaingan 2010.
Transcript
00:0026 syarikat telah dikenakan penalti berjumlah 97.31 juta ringgit kerana terlibat dalam kartel tipuan bida berkaitan perolehan awam bernilai hampir 500 juta ringgit.
00:13Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasa Raya Hidup KPDN menerusi suruhan jaya persaingan Malaysia MyCC terus memperkukuh penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 Akta 712
00:23bagi mengekang amalan tersebut yang menjejaskan persaingan pasaran serta kepentingan pengguna.
00:30Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasa Raya Hidup KPDN, Datuk Fuzia Saleh, MyCC berperanan mengambil tindakan terhadap sebarang perjanjian atau pakatan anti-persaingan
00:43termasuk kartel serta syarikat dominan yang menyalahgunakan kuasa pasaran mereka.
00:48Bagi memerangi monopoli ini dan kartel ekonomi dalam kalangan perusahaan, peruntukkan Akta 712 memperuntukkan punca kuasa yang jelas kepada MyCC
01:00untuk memulakan siasatan melalui tiga kaedah iaitu yang pertama inisiatif ex-officio, inisiatif MyCC sendiri,
01:09kedua arahan yang dikeluarkan oleh yang bawa menteri dan ketiga aduan yang diterima, dia tiga punca kuasa ini.
01:16Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Hussein Ismail berkenaan langkah penguatkuasaan MyCC
01:23bagi membantras amalan tipuan bida dalam sektor swasta yang turut menawarkan barangan dan perkhidmatan kepada rakyat
01:31serta kesiap siagaan suruhan jaya itu memperluaskan tindakan penguatkuasaan.
01:36Ketika ini MyCC menumpukan penyiasatan dan penguatkuasaan terhadap tiga jenis kartel utama
01:42iaitu kartel tipuan bida dalam perolehan kerajaan, kartel dalam industri makanan dan produk pertanian
01:50serta kartel dalam perkhidmatan asas pengguna.
01:54Bagi memastikan kesiap siagaan penguatkuasaan, MyCC turut memperkasa keupayaannya bermula 2025
02:00dengan menambah 13 pegawai penyiasatan, memperuntukkan bajet khusus bagi penumbuhan unit khas
02:06menangani tipuan bida selain merancang pindaan akta persaingan bagi memperkukuh kuasa siasatan terhadap kartel.
02:14Langkah penguatkuasaan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan persaingan pasaran kekal adil dan telus
02:23demi melindungi pengguna serta mengukuhkan ekonomi negara.
02:27Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended