02:02Katanya pemantauan berkala sedang dijalankan bagi mendapatkan petunjuk awal termasuk mengarahkan penduduk berpindah jika keadaan semakin memburuk dan menurutnya mesyuarat penyelarasan juga telah dilakukan bagi memastikan semua logistik sedia digunakan dan anggota EPM telah berada di lapangan untuk membuat pemantauan awal.
02:22Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan mudah dilanda banjir supaya mengambil langkah keselamatan termasuk menyimpan dokumen penting di tempat selamat.
02:31Penduduk juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa seperti EPM, polis, tentera dan agensi berkaitan sekiranya diminta berpindah lebih awal.
02:40Tambahnya pemindahan awal penting bagi memudahkan pergerakan serta penggunaan logistik yang terhad sekaligus memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan tanpa menjejaskan kawasan lain yang lebih kritikal.
03:10Terima kasih telah menonton!
03:40Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap mesin cerucuk di kampung Peruan Long Tuma Lawas pada petang Ahad.
03:56Pusat Gerakan Operasi PGO Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Sarawak memaklumkan mangsa Billy Muli berusia 31 tahun ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital Lawas.
04:10Menurut PGO, bomba menerima panggilan kejadian itu pada jam 4.55 petang.
04:15Enam anggota balai bomba dan penyelamat lawas berserta jentera tiba di lokasi yang jaraknya 8km dari balai bomba itu iaitu pada jam 5.03 petang.
04:26Mangsa dikeluarkan dari kenderaan itu menggunakan peralatan khas Kemalangan Jalan Raya RTA bagi memudahkan kerja-kerja pemotongan kenderaan.
04:33Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat jam 6.45 petang.
04:45Dan ini pula Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Negeri Sabah mensasarkan penubuhan lebih 2,000 pasukan bomber komuniti di seluruh negeri itu bagi mengurangkan kesan kebakaran sebelum pasukan bomber dan penyelamat dapat tiba di lokasi kebakaran.
04:59Penolong pengarah bahagian keselamatan kebakaran JBPM Sabah Ibnu Sahad Punggak berkata untuk tujuan itu setiap kampung perlu menubuhkan bomber komuniti.
05:12Banyak berlaku di kawasan luar bandar. Jadi dengan pengwujudan bomber komuniti setiap-tiapnya dia dapat mengurangkan kemeribakan api, dapat mengurangkan api itu membesar dan seterusnya dapat menyelamatkan nyawa dan harta bandar.
05:26Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa program Majlis Keselamatan Aktiviti Air, MKAA dan petaulihan pasukan bomber komuniti bandar Seri Indah Tawau.
05:42Sementara itu, ahli pasukan bomber komuniti yang telah mengikuti kursus asas berkaitan pencegahan awal kebakaran berkata,
05:49pendedahan tersebut penting bagi meningkatkan tahap kesedaran berkaitan kebakaran.
05:53Seperti cara penggunaan pemadam api, cara kawalan api macam mana, jenis-jenis api yang kita hadapi dan penggunaan fire drill host untuk pemadam api.
06:07Mempercepatkan tindakan awal sebelum bantuan profesional tiba, mengurangkan risiko dan jumlah isiden kebakaran dan awam khususnya di bandar biasa ini.
06:15Ini adalah untuk meningkatkan keselamatan dan juga mencegah dari berlakunya kebakaran dan untuk mengurangkan risiko kebakaran besar.
06:28Seramai 44 terdiri dari penduduk bandar Seri Indah menyertai pasukan bomber komuniti dan telah mengikuti kursus asas pencegahan kebakaran yang dikendalikan oleh Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah.
06:40Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Sabah serta negeri-negeri lain yang berdepan dengan masalah asas kekal sebagai fokus utama kerajaan
06:51dengan pelaksanaan projek akan dipantau secara lebih tegas melalui mesyuarat pemantauan bulanan.
06:57Berucap pada Perimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya KKR, Perdana Menteri memahami keresahan rakyat Sabah
07:02yang telah lama berdepan dengan isu air, elektrik dan jalan berlubang meskipun kerajaan telah meneluskan peruntukkan terbesar dalam sejarah untuk negeri itu.
07:10Saya faham juga, orang marah.
07:17Dia kata, dengar menteri silih berganti, kerajaan silih berganti, Perdana Menteri silih berganti, air belum berganti.
07:28Elektrik dia sebut karan, karan.
07:32Nenek saya dulu sebut karan kalau dipenang.
07:33Elektrik belum pasang, jalan lubang-lubang.
07:40Jadi bagi dia, dia resah.
07:44Dia belum cukup yakin.
07:46Saya tak salahkan mereka.
07:49Perdana Menteri berkata kerajaan persekutuan telah memperuntukkan kira-kira 17 bilion ringgit
07:54bagi pembangunan dan operasi di Sabah termasuk hampir 1 bilion ringgit untuk air
07:59dan 1.2 bilion ringgit bagi bekalan elektrik.
08:02Namun menegaskan bahawa nilai peruntukan tidak bermakna jika pelaksanaan tidak cepat dan berkesan.
08:09Kata beliau, unit penyelarasan JPM dan agensi pelaksana akan mengadakan mesyuarat pemantauan bulanan terus di lapangan
08:16termasuk di Kota Kinabalu bagi memastikan projek kritikal tidak lagi tertangguh.
08:22Kita akan pantau dan program-program pelaksanaannya.
08:29Dan siapa dia Menteri, Alex akan juga perhatikan projek-projek ini.
08:32Dan untuk semua projek lain yang melibatkan kementerian semua lain, unit penyelarasan JPM akan pastikan mesyuarat bulanan di Kota Kinabalu.
08:45Supaya hal yang tiga yang paling penting bagi rakyat, jalan, elektrik, air, itu kita cuba leraikan dalam segera mungkin.
08:58Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menekankan bahawa kestabilan politik sepanjang tiga tahun pentadbiran kerajaan perpaduan adalah faktor penting yang membolehkan kerajaan menumpukan sepenuhnya kepada agenda pembangunan.
09:09Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kerja Raya KKR menyenaraikan semula semua projek di bawah kementerian itu dan merekodkan prestasi pelaksanaan secara terperinci bagi memastikan setiap projek berjalan mengikut jadual.
09:26Beliau berkata langkah itu penting bagi mengubah budaya kerja supaya pemantauan tidak hanya dilakukan selepas projek siap atau apabila masalah timbul.
09:34Kalau kita ambil sikap yang lebih keras terhadap kontraktor, kalau agak sambil lewa dan lambat untuk pastikan projek itu dilaksanakan mengikut jadual.
09:51Jadi ada di peringkat kementerian, itu mulanan pantau secara terhiti dan terus ambil tindakan.
10:02Kemudian yang diuruskan di peringkat negeri, baik Sabah ke Sarawak ke Perlis ke Kelantan,
10:10supaya projek itu dijalankan mengikut jadual, kadang-kadang saudara lebih mengerti apa yang diperlukan di bawah daripada perancangan di atas.
10:22Jadi pegawai-pegawai yang turun ke bawah, sebab itu kita ambil kampung angkat, secara timadani itu kerana kita tidak mahu di-disconnect di antara di atas di Kuala Lumpur itu dengan di Cokotokun.
10:35Boleh berucap di Perimpunan Bulanan KKR di Kuala Lumpur pada Isnin.
10:43Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kuskop kini berada di fasa terakhir memuktamatkan rang undang-undang RUU Akta Koperasi Baru
10:51sebelum ia dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan seterusnya.
10:55Menteri Kerja Raya merangkap Menteri Pemangku Kuskop, Datuk Seri Alexander Nantalinggi menyusahkan RUU tersebut
11:01menggantikan sepenuhnya Akta Koperasi 1993 yang disifatkan sudah tidak lagi relevan dengan tuntutan semasa.
11:08Yes, I think as have been brief earlier on, this is something we consider as major to be done in due time.
11:18And I've been brief on that generally.
11:21The fact that it has to be, it's not just an amendment but it's a totally new act.
11:27It's because that act has been a very old act. It's been amended several times in the past
11:34and it is no longer considered as suitable or able to meet the demands of the present day
11:44in the aspects of the, for the objective of the act. And therefore a new act will be enacted.
11:53Jelasnya penyediaan RUU itu kini hampir selesai dengan peringkat seterusnya melibatkan edaran draft
12:00kepada Kementerian Berkaitan untuk ulasan akhir sebelum memorandum Jemaah Menteri dibentangkan.
12:05timeline, I think the ministry is already prepared in a very advanced stage except that it's a question of now
12:16when we can, first of all, circulated among ministries for their ulasan
12:23and then we'll be table in the cabinet as an MGM in very short time.
12:28Sebelum ini, bekas Menteri Kuskop, Dato' Iwon Benedict berkata Kuskop sedang dalam proses mengubal
12:36Akta Koperasi Baharu dan Kertas Jemaah Menteri mengenai perkara itu telah dibentangkan
12:40serta dipersetujui secara prinsip pada 8 Januari lepas.
12:45Dalam berita, Dato' Sri Alexander Natalinggi yang menjalankan tugas dan fungsi
12:50sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kuskop komited meneruskan dasar
12:54dalam meningkatkan strategi membantu usahawan di seluruh negara.
12:57Beliau komited memastikan setiap perancangan yang telah digariskan bagi tahun hadapan
13:01berjalan seperti ditetapkan termasuk usaha mempertingkatkan strategi bantuan
13:05kepada Sabah dan juga di Sarawak.
13:10Dan saya dipahamkan di Kuskop ini, di pekat awal, ada sudah ada halatuju untuk tahun 2026
13:19dan masa taklimat saya, saya ada beritahu. Jadi saya melihat itu sebagai langkah-langkah
13:26sangat baiklah membantu di mana mereka target group yang perlu dibantu.
13:33Misalnya, saya nampak akan diteruskan dasar ataupun strategi untuk membantu di Sarawak dan Sabah
13:43dipertingkatkan. Jadi begitu saja. Juga bukan hanya di Sarawak dan Sabah.
13:49Kementerian ini pun meneruskan apa yang perlu dibantu kepada usahawan-usahawan
13:55di seluruh negara kita.
13:56Walaupun itu tadi mengakhiri Awani Borneo. Untuk malam ini, saya Jasmina
14:02Abu Bakar teruskan bersama kami. Assalamualaikum. Kita jumpa lagi.
Be the first to comment