Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Piala Dunia 2026 akan membuka saingan pada 11 Jun dengan perlawanan pembukaan antara tuan rumah bersama Mexico menentang Afrika Selatan di Stadium Azteca, lokasi bersejarah yang pernah menjadi pentas final 1970 dan 1986. Ia diikuti aksi Korea Selatan menentang pemenang playoff, selepas undian yang amat rumit diselesaikan pada Jumaat.
Transcript
00:00Piala Dunia 2026 akan membuka saingan pada 11 Jun dengan pelawanan pembukaan antara tuan rumah bersama Meksiko menentang Afrika Selatan di Stadium Azteca iaitu lokasi bersejarah yang pernah menjadi pentas final 1970 dan 1986.
00:18Ia diikuti aksi Korea Selatan menentang pemenang playoff selepas undian yang amat rumit diselesaikan pada Jumaat.
00:25Dua lagi tuan rumah bersama, Amerika Syarikat dan Kanada akan memulakan kempen sehari selepas itu.
00:33Amerika Syarikat selaku pasukan pilihan utama menerima laluan mudah bertemu Paraguay, Australia dan satu lagi pasukan playoff.
00:40Kanada yang turut diberikan status pilihan utama meskipun berada di ranking ke-27 dunia, berdepan laluan lebih sukar bertemu pemenang playoff berpotensi Itali, Switzerland dan Qatar.
00:51Undian pelay dunia 48 pasukan ini dengan enam slot lagi ditentukan melalui playoff menjadi rumit disebabkan peraturan geografi dan subclausur yang ketat.
01:01Juara bertahan, Argentina diundi bersama Algeria, Austria dan pendatang baru Jordan.
01:06Sementara itu, gergasi lima kali juara Brazil akan bertemu Maghribi, Haiti dan Scotland.
01:12Scotland kembali ke pentas pelay dunia buat kali pertama sejak 1998, manaklah Haiti kali terakhir beraksi pada 1974.
01:20Perancis pula akan membuka kempen menentang Senegal, mengulangi detik kejutan besar pelay dunia 2002 apabila Senegal menumbangkan juara bertahan itu dalam aksi pembukaan.
01:31Mereka turut diundi bersama Norway dan pemenang playoff.
01:34England bahkan memulakan cabaran menentang Croatia, pasukan yang menyikirkan mereka pada separuh akhir 2018 selain bertemu Panama yang ditewaskan 6-1 oleh England dalam edisi sama serta Ghana.
01:46Pendatang baru, Curacao dengan populasi hanya 150,000 menjadi negara terkecil dalam sejarah layak kepala dunia.
01:54Mereka berada dalam kumpulan sukar bersama Jerman, Ecuador dan Ivory Coast.
01:58Pasukan ranking no.1 dunia Spanyol menerima undian yang dianggap lunak bertemu Cape Vade, Arab Saudi dan Uruguay.
02:07Negara lain yang mendapat perhatian termasuk Belanda menentang Jepun, Tunisia dan pasukan playoff serta Portugal menentang Uzbekistan yang membuat penampilan sulung, Colombia dan satu lagi playoff.
02:18FIFA akan mengumumkan venue dan waktu sepak mula bagi pasukan yang tidak berada dalam kumpulan tuan rumah selepas proses penjadualan mengikut pasaran TV global dimuktamadkan.
02:29Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended