Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) membenarkan Texas menggunakan semula sempadan daerah Kongres yang diubah untuk pilihan raya pertengahan penggal 2026, sekali gus meningkatkan peluang Republikan di bawah Presiden Donald Trump untuk mengekalkan kawalan Dewan Perwakilan.
Transcript
00:00Mahkamah Agong Amerika Syarikat membenarkan Texas menggunakan semula sempadan daerah Kongres yang diubah untuk pilihan Raya Pertengahan Penggal 2026 sekaligus meningkatkan peluang Republikan di bawah Presiden Donald Trump untuk mengekalkan kawalan Dewan Perwakilan.
00:17Ia juga menangguhkan keputusan Mahkamah Rendah sebelum ini yang mendapati peta disokong Trump itu secara salah menggunakan faktor kaum dalam menetapkan sempadan daerah.
00:27Antara lain, peta baru itu mewujudkan lima daerah Dewan Perwakilan Baru di Texas yang dijangka memihak kepada Republikan menyukarkan lagi Demokrat untuk memenangi kawalan Kongres serta memberi tekanan terhadap kuasa Trump.
00:43Mahkamah yang mempunyai majoriti konservatif 63 mengeluarkan keputusannya dalam perintah yang tidak ditandatangani.
00:50Tiga hakim liberal mahkamah itu tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Setakat ini, Republikan memegang majoriti tipis di kedua-dua Dewan Kongres.
00:59Sekiranya kawalan Dewan Perwakilan atau Senat beralih kepada Demokrat dalam pilihan Raya November 2026,
01:05ia bakal menjejaskan agenda perundangan Trump dan membuka ruang kepada siasatan Kongres yang diketuai Demokrat terhadap Presiden.
01:13Walaupun kebenaran itu secara teknikal hanya menangguhkan sementara keputusan Mahkamah Rendah, hakikatnya ia memastikan peta pilihan raya yang memihak Republikan digunakan bagi pilihan raya pertengahan penggal 2026.
01:27Langkah Texas untuk mengubah semula sempadan daerah pilihan raya mencetuskan perlumbaan bagi negeri lain untuk melakukan perkara sama berbeza daripada amalan biasa yang hanya melakukan penyusunan semula setiap sedekat.
01:40California yang dikuasai Demokrat meluluskan peta pilihan raya baru yang turut mewujudkan lima daerah dijangka memihak kepada parti berhaluan kiri.
01:49Persempadanan tersebut dicabar di Mahkamah oleh Republikan California dalam satu saman yang disokong pentadbiran Trump.
01:57Republikan di Carolina Utara juga mengubah semula peta negeri itu, sementara usaha sama sedang dijalankan di Indiana, Missouri serta beberapa negeri lain.
02:10Seterusnya adalah rangkuman berita antarabangsa yang lain.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended