Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperluaskan sektor operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lelaki yang hilang selepas dilaporkan hanyut dibawa arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang dalam kejadian di Lorong 1/3A Taman Prima Saujana, Kajang, pada Khamis.
00:01Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM memperluaskan sektor operasi mencari dan menyelamat SCR remaja lelaki yang hilang selepas dilaporkan hanyut di bawah arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang dalam kejadian di Taman Prima, Saujana Kajang berkamis.
00:17Penelamat pengarah operasi JBPM Selangor Ahmad Muklis Mokta berkata operasi pencarian remaja berusia 14 tahun itu bermula di lokasi mangsa dipercayai dihanyutkan arus sehingga persimpangan Sungai Langat dalam radius kira-kira 4km.
00:33Katanya operasi SA turut dijalankan di Sungai Langat kira-kira pada jarak 3km menggunakan bot dan pencarian melalui drone juga sepanjang 3km hulu dan hilir sungai.
00:45Turut digunakan khidmat unit anjing pengesan K9 JBPM serta balai bomba dan penyelamat BBP Kajang dengan dibantu BBP Bangi dan Dengkil bagi pemantauan sekitar kawasan sungai di bawah seliaan kawasan balai berkenaan.
01:00Ahmad Muklis berkata operasi sedang giat diteruskan pasukan SA di beberapa lokasi.
01:05Pada Kamis, dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun dikuatiri lemas selepas didakwa terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola dalam longkang besar di Lorong 1 Palang 3A, Taman Prima Saujana, Kajang.
01:21Mangsa berusia 12 tahun ditemukan pada 7.47 minit malam tadi di Sungai Merbau di kampung Sungai Kantan, kira-kira 2km dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang.
Be the first to comment