Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan parti tidak akan mencampuri siasatan terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin yang ditahan SPRM berkait projek usahasama ternakan lembu Kedah. PN menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan dan berharap Azman diberikan hak mendapatkan peguam.
00:00Perikatan Nasional PN menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada seruan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM terhadap mana-mana ahli politik yang terlibat dalam kes rasuah.
00:12Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua WIP Perikatan Nasional PN, Datuk Seri Takeyudin Hassan, selepas ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasruddin ditahan susulan dipercayai terkait dalam kes rasuah.
00:25Selain itu, beliau terus menegaskan PN tidak akan mencampuri urusan tersebut dan menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada proses perundangan untuk mengambil tindakan sewajarnya.
00:39Jelas Takeyudin pihaknya akan menunggu hasil siasatan sebelum sebarang tindakan diambil.
00:44Tambahnya lagi, PN juga terbuka dalam isu ini dan berharap ahli Parlimen Padang Serai diberikan hak untuk mendapatkan peguam untuk mewakili beliau dalam proses perundangan berhubung kes dawaan berkenaan.
00:56Sebelum ini, media melaporkan Azman mengesahkan beliau ditahan SPRM bagi tujuan pertuduhan berhubung projek usaha sama tenakan lembu Kerajaan Negeri Kedah.
01:06Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tindakan pertukaran statusnya daripada saksi kepada tertuduh dalam kes berkenaan.
Be the first to comment