Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Seorang pemilik pusat sauna didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam pada Jumaat kerana mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan HIV dan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbitnya.
Transcript
00:00Seorang pemilik pusat sauna didenda RM8,000 oleh Mahkamah Magistret Bukit Mertajam pada Jumaat kerana mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan HIV dan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbitnya.
00:13Magistret Ros Hayati Radelah menjatuhkan hukuman itu sepas Koh Yik Kain, 57 tahun, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan memerintahkan lelaki berkenaan di penjara 8 hingga 10 bulan jika gagal membayar denda.
00:26Koh didakwa mempunyai sebab untuk percaya bahawa dirinya menghidap penyakit berjangkit HIV dan menedahkan orang lain kepada risiko jangkitan melalui perbuatannya di Primis Unit 2 Recreation Center, Jalan Peraijaya 4, Perai pada 7 malam 29 November lepas.
00:45Pendakwaan dikemukukan mengikut Seksyen 12-1 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1958.
00:52Koh juga didakwa mengikut Seksyen 292-A Kanun Kesiasaan kerana memiliki gambar dan video lucah dalam telefon pintarnya.
01:01Sementara itu, di mahkamah sama, tiga lelaki, Syed Al-Aish Syed Al-Fali, 19 tahun, Kih Wan Siong, 37 dan Ahmad Sahwan Mazali, 33,
01:12mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan perbuatan kulecahan melampau terhadap Muhammad Azuddin Sabran, 58 tahun, dan Koh di pusat sauna berkenaan.
01:20Syed Al-Aish, Ahmad Sahwan, Tioh, Walga Cina Luo Yun, 41 tahun, Mati Yagen, 31 tahun, dan Muhammad Ridwan Zairul Kapiri, 48 tahun,
01:32turut didakwa memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit masing-masing di lokasi, tarikh dan masa sama.
01:37Mahkamah menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan semula kes.
01:41Media sebelum ini melaporkan polis menahan 13 lelaki dalam serbuan di sebuah primis kedai tiga tingkat
01:47di Bandar Peraijaya pada hujung bulan lepas kerana disyaki terlibat aktiviti menyalahi undang-undang.
01:53terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended