Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir tekankan penambahbaikan kebersihan, kehadiran pegawai di lapangan dan penyelenggaraan infrastruktur berkala demi kesejahteraan warga Putrajaya.
00:00Presiden Perbadanan Putrajaya PPJ yang baharu, Dato' Muhammad Zakri Abdul Qadir, menegaskan fokus utama kepimpinannya adalah memperkukuh aspek penambahbaikan kebersihan, keberadaan pegawai di lapangan serta memastikan penyelenggaraan infrastruktur dilaksanakan dengan lebih berkesan.
00:17Beliau berkata PPJ perlu memastikan mutu perimatan sentiasa berada pada standar terbaik kerana masyarakat serta pemegang taruh mempunyai tahap jangkaan yang tinggi berhubung pusat pentadbiran kerajaan berkenaan.
00:31Beliau menyifatkan kehadiran pegawai di lapangan sangat penting bukan untuk mencari kesalahan tetapi memberi peringatan dan bimbingan secara berhemah supaya kesejahteraan pelanggan dapat dijaga.
00:40Muhammad Zakri yang memasuki minggu ketiga menerajui PPJ berkata beliau sedang meneliti secara mendalam operasi PPJ sebelum memberincikan sebarang pembaharuan.
00:49Beliau terberikan kepentingan penyelenggaraan infrastruktur yang berkala bagi memastikan aset awam terus berfungsi dalam tempoh lebih panjang dan memberi manfaat kepada warga Putrajaya.
01:00Muhammad Zakri sebelum itu mengetuai operasi bersepadu kesihatan dan kebersihan premis melibatkan Pejabat Kesihatan Putrajaya, Jabatan Bilai Persekutuan serta Perpadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
01:11Pemeriksaan tertumpu kepada aspek kebersihan premis makanan, pematuhan penjualan produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape serta penguatkuasaan terhadap premis komersial yang berisiko menjejaskan kesihatan awam.
01:23Sebanyak 38 premis diperiksa dan hasil operasi, sebanyak 15 kompaun serta 22 notis amaran dikeluarkan.
Be the first to comment