00:00Penganalisis melihat penyokong Pakatan Harapan di Semenanjung tidak mempunyai banyak pilihan pada PRU akan datang,
00:07berbeza dengan pengundi di Sabah yang boleh beralih kepada warisan atau gabungan rakyat Sabah jika tidak puas hati.
00:14Shaza Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata di Semenanjung,
00:19tiada alternatif setanding PH kerana muda dan PSM terlalu kecil.
00:24Azmi Hassan dari Akir Minusantara pula berkata pengundi Sabah memilih parti tempatan
00:29kerana merasakan DAP tidak cukup memahami isu negeri termasuk MA63 dan tuntutan 40% hasil.
00:38Katanya ini menyebabkan ramai pengundi Cina Bandar sama ada tidak keluar mengundi atau memilih GRS dan warisan.
00:45Pada PRN Sabah 29 November, PH hanya menang di Melalap daripada 22 yang ditandingi.
00:52DAP tewas di semua 8 kerusi manakala PKR hilang 2 kubu kuat iaitu Api-Api dan Inanam.
01:01Mengulas apa yang perlu diperbaiki, Azmi menegaskan PH perlu lebih fokus pada isu sara hidup yang berbeza di setiap negeri,
01:09bukan sekadar isu nasional yang tidak dirasakan relevan oleh rakyat Sabah.
01:14Shaza pula menyarankan PH memberi lebih otonomi kepada pemimpin Sabah dan Sarawak untuk bersuara mengenai isu tempatan
01:22bagi meredakan sentimen anti-persekutuan.
Comments