00:00Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah Arnizan Muhammad Ali meminta Presiden Warisan Syafi'i Abdal
00:07menjelaskan mengapa pentadbirannya yang terdahulu menghapuskan had dua penggal untuk jawatan yang di-Pertua Negeri Sabah
00:14sedangkan ia adalah usaha untuk mengelakkan penumpuan kuasa pada satu individu.
00:20Melalui had tempoh masa kepimpinan akan dapat mengurangkan penumpuan kuasa dan mengelakkan pemusyatan kuasa
00:27apabila seseorang dan sesuatu kepimpinan yang terlalu lama akan cenderung mengawal semua institusi.
00:34Itu sebabnya kerajaan GRS dan PH telah memutuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Disember 2023 dan 15 Januari 2024
00:44untuk membawa cadangan pindaan Pelembagaan Negeri Sabah bagi menetapkan had tempoh kepimpinan Ketua Menteri Sabah
00:51kepada hanya dua penggal secara berturut-turut atau maksimum 10 tahun sahaja.
00:57Reformasi undang-undang melalui pindaan ini akan dibawa kepada Dewan Undangan Negeri Sabah
01:02sebaik GRS mendapat mandat baru dan harapnya GRS akan mendapat mandat besar dalam pelayaraya kali ini
01:10kerana pindaan Pelembagaan Negeri ini memerlukan kelulusan majoriti 2 per 3 ahli Dewan Undangan Negeri.
01:17Baik, berbalik kepada track record warisan.
01:19Sebaik berkuasa pada bulan Mei 2018, antara gelombang Sabah ubah yang dibawa adalah
01:26bukan membawa Sabah ke depan tapi ke belakang.
01:29Pada 13 Disember 2018, warisan telah meluluskan pindaan Pelembagaan Sabah
01:34untuk memansuakan had tempoh Tuan yang terutama TYT Negeri Sabah.
01:40Hanya Syafiee yang tahu apa asas dan keperluan pindaan Pelembagaan Negeri itu dibuat tergesa-gesa
01:45hanya dalam tempoh 6 bulan.
01:48Maka, penting untuk Syafiee menerangkan
01:51Pertama, mengapa dan kenapa kerajaan warisan tergesa-gesa memindah Pelembagaan Negeri
01:57dengan menghapuskan hak tempoh 8 tahun atau 2 penggal TYT.
02:02Apakah pentingnya dengan janji Sabah ubah, janji memperjuang hak negeri
02:06dan janji merubah nasib rakyat?
02:08Inilah kisah parti warisan tahun 2018 yang tidak boleh dipadam dari lipatan sejarah.
02:15Ziana Aymah Mama Yusof, FMT
Comments