Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Dari segi prestasi, ringgit susut nilai pada Isnin, Selasa dan Khamis minggu lalu, meningkat pada Rabu dan mengakhiri urus niaga minggu lalu dengan lebih mengukuh walaupun laporan penggajian bukan perladangan Amerika bagi September meningkat dan mengatasi jangkaan awal.
Transcript
00:00Baik, kita akan teruskan dengan perkembangan mata wang ringgit yang dijangka diniagakan dalam Julat 4.13 hingga 4.16 berbanding dolar, Amerika Syarikat dan cenderung meningkat pada minggu ini.
00:11Ia selepas mata wang itu mengalami turun naik minggu lalu ketika pasaran menurunkan sentimen kemungkinan negara maju itu mengurangkan kadar faedahnya dalam mesyuarat jenet Disember ini.
00:21Dari segi prestasi, ringgit susut nilai pada Isnin, Selasa dan Khamis minggu lalu meningkat pada Rabu dan mengakhiri urusnya ke minggu lalu dengan lebih mengukuh walaupun laporan penggajian bukan peladangan Amerika pagi September meningkat dan mengatasi jangkaan awal.
00:39Laporan terkini itu menunjukkan sebanyak 119,000 pekerjaan telah diwujudkan pada September lepas yang mengatasi unjuran ramai sebelum ini.
00:46Ketua Ahli Ekonomi Bank Mawmalat Malaysia Berhad Dr. Mohd Afzal Nizam Abdul Rashid berkata, tempoh penutupan operasi kerajaan Amerika selama 41 hari sejak 1 Oktober lepas telah membawa kepada kejelasan petunjuk data.
01:01Pada masa ini, pasaran yakin pihak Rizal Persekutuan Amerika Syarikat FED tidak akan melaksanakan sebarang pengurangan kadar faedah berdasarkan kadar faedah bagi kontrak hadapan.
01:10Sementara itu, kenangan investment bank Berhad pula menjangkakan berlakunya pembetulan teknikal dengan ringgit diunjuk mengalami konsolidasi pada paras sampai 4.15 perbanding dolar Amerika minggu ini ketika FED kekal berhati-hati menjelang mesyuarat pada bulan depan.
01:26Bank pelaburan itu juga mengekalkan unjurannya dan menjangkakan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat sebanyak tiga kali lagi pada 2026.
01:34Bagi perbandingan mingguan, ringgit susut berbanding dolar Amerika apabila mengakhiri urus niaga pada 4.1460 perbanding 4.1290 pada minggu sebelumnya.
01:46Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended