Israel membunuh pegawai tertinggi ketenteraan Hezbollah, Ali Tabtabai, dalam satu serangan udara di selatan Beirut pada Ahad, meskipun gencatan senjata ditaja Amerika Syarikat setahun lalu masih berkuat kuasa.
00:00Israel membunuh pegawai tertinggi ketenteraan Hezbollah Ali Tabtaba'i dalam satu serangan udara di selatan Beirut pada Ahad. Ini meskipun gecatan sejata ditaja Amerika Syarikat setahun lalu masih berkuat kuasa.
00:12Menurut kenyataan tentera Zionis Israel, serangan itu dilancarkan ke atas ketua turus sementara Hezbollah yang disokong Iran itu.
00:23Hezbollah mengesahkan kematian Tabtaba'i dan menyifatkannya sebagai Panglima Jihad Agong yang berjuang menentang musuh Israel hingga ke detik terakhir hidupnya.
00:32Tiada perincian diberikan mengenai portfolio ketenteraannya, namun kenyataan itu menggambarkan kedudukannya sebagai tokoh kanan dalam organisasi tersebut.
00:41Seorang pegawai Hezbollah, Mahmud Qumati berkata, Israel telah menintasi garis merah apabila menyasarkan kawasan Harid-Hrik, kubu kuat gerakan itu.
00:52Beliau berkata kepimpinan Hezbollah akan menentukan bentuk dan masa tindak balas.
00:57Kementerian Kesihatan Lubna maklumkan serangan berkenaan mengorbankan lima orang dan mencederakan 28 yang lain.
01:03Tabtaba'i sebelum ini dikenakan sekatan Amerika Syarikat pada 2016 yang ketika itu menawarkannya ganjaran sehingga lima juta dolar Amerika bagi maklumat mengenainya.
01:14Tentera Israel mendakwa beliau mengetuai sebahagian besar unit Hezbollah dan bekerja keras memulihkan kesiapsagaan mereka untuk perang.
01:22Gencata Sejata pada November 2024 sepatutnya menamatkan pertempuran selama setahun antara Hezbollah dan tentera Israel.
01:30Namun, Israel terus melancarkan serangan hampir setiap hari ke atas Lubnan dengan alasan mengekang usaha Hezbollah membina semula kekuatan.
01:38Sepanjang konflik setahun itu, Israel turut membunuh sebagian besar pimpinan tertinggi Hezbollah termasuk ketuanya ketika itu, Hassan Nasrallah.
Be the first to comment