Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10,431 orang di lapan negeri termasuk Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.
Transcript
00:00Jumlah mangsa banjir yang terjejas terus meningkat kepada 10,431 orang di 8 negeri setakat 6 pagi Isnin.
00:15Menurut angka yang dilaporkan oleh Info Bencana JKM, Kelantan mencatatkan jumlah mangsa yang tertinggi
00:19dengan 8,231 mangsa yang ditempatkan di 33 pusat peminahan sementara PPS.
00:26Daerah terjejas banjir di Kelantan meliputi Tumpat, Bacok, Kota Baru dan juga Pasir Putih.
00:32Negeri kedua ialah Perak dengan 907 mangsa yang kini berteduh di 16 PPS melibatkan daerah Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Batang Padang.
00:42Seterusnya Terengganu yang mencatatkan mangsa banjir 360 orang yang berada di 2 PPS di Besut.
00:48Sementara itu daerah Kulim Kedah merekodkan mangsa banjir seramai 337 yang berlindung di 3 PPS.
00:55Di Perlis, dua daerah terjejas adalah Padang Besar dan Kangar melibatkan 268 mangsa dengan 6 PPS dibuka.
01:03Manakala di Pulau Pinang, mangsa banjir direkodkan seramai 237 orang yang berlindung di 4 PPS yang dibuka di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.
01:13Di Selangor pula, 34 mangsa melibatkan 9 keluarga di 1 PPS di Sabak Bernam.
01:19Sarawak turut mencatatkan mangsa terjejas dengan 44 mangsa di 1 PPS di daerah Miri.
01:25Terima kasih.
01:27Terima kasih.
01:29Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended