Skip to playerSkip to main content
Tukang masak maut ditikam: Tiga lelaki Myanmar direman tujuh hari

Tiga lelaki warga Myanmar termasuk dua beradik ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh tukang masak wanita dalam kejadian di sebuah restoran di Lorong Bukit Juru, Bukit Mertajam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Roshayati Radellah ke atas tiga lelaki berusia 30-an bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/756957/berita/semasa/tukang-masak-maut-ditikam-tiga-lelaki-myanmar-direman-tujuh-hari

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KesBunuh

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiga lelaki warga Myanmar termasuk dua beradik ditahan Rayman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh tukang masak wanita dalam kejadian di sebuah restoran masakan ala Thai di lorong Bukit Juru, Bukit Mertajam.
00:13Perintah Rayman dikeluarkan Magistrat Roshayati Radelah ke atas tiga lelaki berusia 30-an bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
00:25Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap dibawa ke mahkamah dengan diiringi polis pada jam 8.45 pagi.
00:33Pada Isnin Sinar Harian melaporkan seorang tukang masak warga Myanmar maut manakala suaminya cedera selepas ditikam seorang pelanggan di sebuah restoran masakan ala Thai di lorong Bukit Juru pada malam Ahad.
00:45Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam itu menyebabkan mangsa berusia lingkungan 40-an meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki yang merupakan rakan suspek turut mengalami kecederaan akibat ditikam dalam kejadian sama.
01:00Difahamkan, suspek yang juga warga Myanmar bersama beberapa rakannya datang ke restoran terbabit sekitar jam 8.30 malam dipercayai dalam keadaan mabuk dan tidak berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan.
01:14Mereka dikatakan bertengkar dengan mangsa dan suaminya sebelum wanita itu menghalau dari restoran terbabit.
01:21Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, salah seorang daripada mereka berusia lingkungan 30-an itu dikatakan memanggil abangnya sebelum kembali semula ke restoran berkenaan sebelum suspek bertindak menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended