Serik berdepan dua kali kejadian banjir besar, penduduk di Kampung Pengkalan Rinting, Johor Bahru, mengambil inisiatif membina rakit sebagai persediaan menghadapi musibah pada Monsun Timur Laut hujung tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Penduduk, Mohd Alip Bedu, 78, berkata, rumahnya antara terawal dinaiki air kerana terletak hanya kira-kira 20 meter dari sungai.
00:01Duduk di pengkalan rinting Johor Bahru yang sering berdepan masalah banjir terutama pada penghujung tahun kini bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir dan terdapat penduduk yang membuat rakit tong sebagai persiapan.
00:17Tingjawan di kampung berkenaan mendapati penduduk sudah bersiap sedia termasuk meninggikan barang dan meletakkan sebarang dokumen yang penting di tempat yang selamat.
00:27Sementara itu bagi Datuk Bandar Johor Bahru yang turut melawat kawasan terbabit memberitahu pam air baharu berkapasiti tinggi dengan peruntukan lebih RM4 juta dijangka akan dipasang di kampung berkenaan pada bulan Disember.
Be the first to comment