Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) yang kini bernilai lebih RM15 bilion merupakan antara projek mega terbesar kerajaan di Sabah, lapor wartawan Sinar Harian Hazmin Syahman Abdul Rahman.
Namun, di sebalik skala pembinaannya, ada penduduk mendakwa pampasan tanah yang diterima jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
Antara yang meluahkan kekecewaan itu ialah penduduk Dewan Undangan Negeri Sukau, Amrin Panjang Homor yang mendakwa tanahnya di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, termasuk dalam jajaran pembinaan fasa 1B LPB. Menurut Amrin, nilai pampasan yang ditawarkan tidak sepadan dengan kos yang pernah dibelanjakan untuk menimbus tanah berkenaan sebelum ini.
Seorang lagi pemilik tanah Kamsah Nary yang berdepan isu sama berharap pemimpin dan kerajaan Sabah yang terbentuk selepas ini dapat membantu menyelesaikan perkara berkenaan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Be the first to comment