00:00Malaysia kembali ke Lausanne, bukan untuk rebut pingat, tapi untuk tuntut keadilan.
00:08Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM sedang membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tarisukan,
00:13Mahkamah Tertinggi Dunia bagi Pertikaian Sukan.
00:17Mahkamah yang sama pernah memutuskan kes gigitan Luis Suarez,
00:21tuntutan berjuta Adrian Mutu, dan skandal doping seluruh dunia.
00:26Tapi inilah realitinya. Rekod Malaysia di sana buruk.
00:31Kita pernah ke CAS beberapa kali, dan kita tak pernah menang.
00:36Pada tahun 2008, tiga penerbat negara didapati positif ubat penenang.
00:41Mereka rayu simpati.
00:43CAS menolak.
00:45Peraturan tetap peraturan.
00:47Kemudian pada 2014, juara Wushu, Tai Chu Shuan hilang pingat emas Sukan Asia selepas gagal ujian doping.
00:57Dia dakwa sampel dihantar lewat.
00:59CAS putuskan prosesnya sah.
01:02Pingat emas hilang.
01:04Kes ditutup.
01:06Tahun 2018, tokoh olahraga Karim Ibrahim cuba bersihkan nama selepas digantung oleh IAAF.
01:14Dia juga kalah.
01:15Namun beberapa tahun kemudian, dia kembali.
01:18Dilantik semula sebagai presiden.
01:20Hasil perubahan peraturan di tanah air sendiri.
01:25Nampak coraknya?
01:26Di CAS, integriti adalah mutlak.
01:30Di Malaysia, integriti soalnya ada tarikh luput.
01:34Sekarang, FAM pula akan masuk gelanggang yang sama.
01:38Merayu keputusan FIFA berhubung skandal naturalisasi pemain.
01:437 pemain digantung.
01:45Denda 1.8 juta ringgit dikenakan.
01:48Dan sebuah negara bola sepak kini cuba tebus maruah.
01:52Langkah ini berani tapi berisiko kerana di Lausanne, emosi tidak dikira.
02:00Yang diadili hanyalah bukti.
02:02Jadi persoalan yang mampukah Malaysia menang kali ini?
02:05Atau sekurang-kurangnya,
02:09belajar sesuatu.
02:10Itulah ujian sebenar.
02:12Baca kisah penuh tulisan Frankie D'Cruz.
02:16Apa yang FAM boleh pelajari daripada rekod Malaysia di CAS.
02:21Hanya di FMT.
Comments