00:00Dua warga Perancis yang dipenjarakan di Iran lebih tiga tahun kini dibebaskan.
00:06Pembebasan itu adalah satu langkah yang dilihat sebagai pertukaran bagi pelajar Iran
00:11yang dibebaskan secara bersyarat di Paris pada Oktober lalu.
00:16Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam hantaran di PlatformX sahkan
00:20Cecil Collier dan pasangannya Jackis Paris, bebas dari penjara Evin dan kini berada di Kedutaan Perancis di Tehran.
00:30Macron menyifatkan pembebasan itu sebagai langkah pertama ke arah membawa mereka pulang ke Perancis secepat mungkin.
00:37Menurut Kementerian Luar Iran, kedua-dua mereka dibebaskan dengan ikat jamin dan masih tertakluk kepada proses kehakiman.
00:45Collier dan Paris ditahan sejak 2022 atas tuduhan berkaitan keselamatan dan pengintipan,
00:51namun Perancis menegaskan dakwaan itu tidak berasas.
00:55Pembebasan mereka berlaku tidak lama selepas seorang pelajar Iran di Perancis, Mahdih Isfandiari,
01:02dibebaskan secara bersyarat pada akhir Oktober lalu berhubung hantaran media sosial anti-Israel.
01:08Terima kasih.
01:09Terima kasih.
01:10Terima kasih.
Comments