Ikon sukan dan legenda bola sepak England, David Beckham menerima gelaran kebesaran Sir selepas dikurniakan Darjah Kesatria (Knighthood) oleh Raja Charles III di Istana Windsor semalam.
Tampil dalam sut kelabu rekaan isterinya, atlet berusia 50 tahun itu menerima anugerah berprestij tersebut di atas sumbangan besarnya dalam dunia sukan dan kerja amal selama beberapa dekad.
Sir David Beckham yang ditemani Lady Beckham, ibu bapa serta ahli keluarga tercinta menyifatkan pengiktirafan bersejarah itu sebagai sangat bermakna buat mereka. Biarpun sudah bersara pada 2013, beliau masih aktif sebagai atlet berpengaruh dan ikon fesyen global. Tahniah! ✨
Sumber: IG David Beckham, Victoria Beckham & BBC Sport
Be the first to comment