Sempena #PinkRibbonRun2025, Ella muncul di atas pentas, disaksikan lautan manusia berbaju merah jambu. Suara serak manjanya menyanyikan Layar Impian (1992), dan entah mengapa… kali ini terasa lain.
Setiap bait seolah berbicara kepada kita. Wanita moden yang masih belajar menyeimbangkan antara mimpi, cinta dan kenyataan hidup. Kita yang dulu berlari menggapai impian dengan mata berbinar, kini berdiri lebih tenang… namun masih dengan jiwa yang sama.
“Tapi kini bila dewasa, ku mula sedar betapa mimpi, hanyalah suatu permainan jiwa insan dalam kesepian…”
Ella menyanyi, dan tiba-tiba ramai yang tunduk, seakan mencari diri sendiri di dalam lirik itu.
Hari ini, Layar Impian bukan sekadar lagu nostalgia. Ia jadi doa kecil buat semua wanita yang pernah terluka, pernah kecewa, tapi masih berani mengemudi layarnya sendiri. Cukup simbolik kerana wanita kuat takkan berpaling — kita cuma berhenti sekejap… sebelum berlari semula.
Be the first to comment