00:00Keputusan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarbangsa FIFA
00:04untuk menolak rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM
00:08bukan sahaja menutup satu kes tetapi membuka aib lebih besar.
00:13FAM mungkin masih boleh membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tarisukan
00:18namun Mahkamah Rakyat sudah pun menjatuhkan hukuman.
00:22Kepercayaan telah hilang.
00:25Konfederasi Bola Sepak Asia pula dijangka membuat keputusan
00:29sama ada kemenangan Malaysia ke atas Vietnam dan Nepal dibatalkan atau sebaliknya.
00:35Jika itu berlaku, seluruh kempen kelayakan Piala Asia 2027 mungkin terpadam.
00:42FAM berkata ia terkejut dengan keputusan itu.
00:46Tetapi rasa terkejut membawa maksud tidak bersalah.
00:50Siasatan FIFA telah mengesan dokumen palsu
00:52yang mempercepatkan proses pemberian ke warga negaraan
00:56di mana kanak-kanak tanpa warga negara terpaksa menunggu selama berdekat-dekat
01:02untuk mendapatkan MyCard.
01:04Ini bukan sekadar kesilapan dokumen
01:07tetapi runtuhnya nilai integriti.
01:10Penipuan ini menembusi sistem rasmi.
01:13Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri
01:17menjadikan isu ini lebih besar daripada sekadar bola sepak.
01:22Malah kini menjadi isu nasional.
01:23Jika dokumen palsu digunakan,
01:27apakah status sah kerayatan pemain-pemain tersebut?
01:30Malaysia tidak mengiktiraf dui kerayatan
01:33namun tiada kementerian yang tampil memberikan penjelasan.
01:38Proses naturalisasi bukan percuma.
01:41Ada pihak yang membayar yuran guaman,
01:44dokumen dan kelulusan segera.
01:46Siapa yang menanggungnya?
01:47FAM, penaja atau orang tengah yang bersembunyi di balik tabir.
01:54Jika wang awam digunakan,
01:57suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia
01:59mesti menyejaki aliran wang itu.
02:02Jika dana awam digunakan untuk menipu,
02:05maka tindakan undang-undang jenayah perlu diambil.
02:09Penggantungan setia usaha agung FAM,
02:12Nor Azman Rahman,
02:13kelihatan tegas pada zahirnya.
02:15Tetapi hakikatnya seolah seperti usaha,
02:18selamatkan reputasi.
02:20Malaysia sudah biasa dengan sikap seperti ini.
02:23Satu nama dikorbankan,
02:25sedangkan dalang sebenar,
02:27terus bebas.
02:28Isu ini tidak boleh berakhir dengan siasatan dalaman.
02:32Ia memerlukan suruhan jaya siasatan diraja.
02:35Tanpa pendedahan menyeluruh,
02:37Malaysia akan terus menanggung aib ini
02:39dalam setiap perlawanan akan datang,
02:42setiap kali lagu kebangsaan dinyanyikan
02:44dan setiap kali bendera dikibarkan di luar negara.
02:49Dunia pernah melihat Malaysia
02:51sebagai kuasa bola sepak yang sedang meningkat,
02:54bersemangat, berdisiplin dan lapar kejayaan.
02:59Kini, kisah itu tertimbus di sebalik penipuan.
03:03Larangan mungkin tamat
03:05dan denda boleh dibayar,
03:07tetapi kehilangan kepercayaan
03:09akan kekal jauh lebih lama.
03:13Dunia telah menyaksikan Malaysia
03:14menipu secara terang-terangan.
03:17Apa yang sedang diperhatikan kini ialah
03:19adakah negara ini
03:21berani membersihkan dirinya sendiri?
03:25Baca rencana penuh
03:2610 hakikat perlu ditelan
03:28selepas keputusan akhir FIFA
03:30tulisan Frankie D. Cruz
03:32hanya di FMT.
Comments