00:00Setiap kali Jumat Menteri buat penggulungan ataupun jawab soalan, saya selalu sebutkan tentang kita ini ketinggalan jauh daripada negara lain.
00:13Tetapi cita-cita kita besar. Kita nak menjadi sebuah negara yang menggunakan teknologi tinggi untuk projek yang berimpak tinggi dan sebagainya.
00:22Tetapi dari segi peruntukan kita nampak macam dia tak sejajar dengan apa yang kita matlamatkan.
00:30Umpamanya untuk tahun 2026, peruntukan kita untuk pembangunan mesti menurun berbandingkan selama ini 2022-2023 meningkat.
00:482022, 311 juta. 2023, 439 juta. 2024, 505 juta. Bagus, meningkat.
00:57Lepas itu 2025, 537. Banyak. Tapi tahun 2026 hanya 516 juta.
01:03Yang berhormat, kalau nak bagi cadangan, terus kepada cadangan. Jangan berbahas.
01:07Dia bukan tanya soalan, bagi pandangan, lepas itu tanya soalan.
01:10Kenapa ia berlaku? Sedangkan kita nak move into NSS, NIRP dan sebagainya. Silakan.
01:17Terima kasih, Kupan Basu. Tadi sebelum Kupan Basu masuk, saya sudah pun memberi jawapan.
01:23Sebenarnya memang penurunan dari segi DE untuk Mesti pada tahun ini, beberapa faktor.
01:30Memang salah satu adalah keadaan geopolitik yang, geoeconomik yang tidak menentu.
01:36Yang keduanya, beban kerajaan yang besar kerana perlu memberikan kenaikan gaji kepada kakitangan kerajaan.
01:44Dan untuk fasa kedua SSPA tahun ini adalah sebanyak RM18 bilion.
01:49Maka adalah pemotongan dari kementerian-kementerian tertentu, termasuklah Mesti.
01:58Tetapi seperti yang saya sebut tadi, penurunan ini tidak drastik.
02:04Dan kita boleh make up dengan izin dengan cara yang lain.
02:10Saya nak masuk kepada pembiayaan R&D, strategi pembiayaan R&D, selain daripada peruntukan dari kerajaan,
02:19tapi kita juga perlu menggalakkan broad business expenditure on R&D juga.
02:24Dan negara kita perlu melihat kepada satu peralihan dalam strategi pembiayaan R&D.
02:29Adalah penting untuk melihat bahawa perbelanjaan R&D bertumpu pada bidang-bidang strategik negara
02:35seperti semi-konduktor, E&E, bahan termaju, bioteknologi dan kecerdasan buatan
02:41supaya penjanaan ekonomi yang setara diwujudkan.
02:45Strategi utama bukan lagi bergantung pada tambahan perbelanjaan besar daripada kerajaan semata-mata,
02:51tetapi juga melalui lonjakan pelaburan R&D yang diterajui oleh sektor swasta, iaitu industri.
02:57Dalam hal ini, kebimbangan yang berhormat Pasir Salat dan juga yang berhormat Kuala Teringganu tadi
03:03mengenai penurunan bajet pembangunan kerajaan menjejaskan sasaran adalah berasas.
03:10Sasaran kita untuk 3.5% sempena 2030 adalah berasas.
03:17Hanya jika kita bergantung semata-mata pada dana awam,
03:21yang penting kita perlu fokus terhadap R&D di pihak swasta juga.
03:24Berdasarkan data terkini, perbelanjaan R&D oleh sektor perusahaan perniagaan,
03:31iaitu BERT, melonjak kepada 51.37% daripada jumlah GERT berbanding hanya 34.21% pada tahun 2020.
03:44Ini menunjukkan komitmen swasta yang konsisten.
03:49Namun, cabaran utama negara adalah hakikat bahawa hanya 0.2% iaitu lebih kurang 2,697 syarikat
03:59daripada 1.1 juta perusahaan perniagaan di Malaysia yang aktif menjalankan aktiviti R&D.
04:07Oleh itu, kerajaan perlu beralih kepada peningkatan jumlah syarikat pemula
04:12yang melaksanakan R&D berimpak tinggi dalam negara.
04:16Dalam hal ini, fokus mesti dalam kapasitinya adalah untuk meningkatkan jumlah syarikat berasaskan teknologi
04:23melalui inisiatif strategik yang tidak semestinya memerlukan DE yang besar
04:28seperti NTIS, National Technology and Innovation Sandbox yang mempercepatkan kelulusan regulatory untuk teknologi baru.
04:37Kedua, Konsortium Penyelidikan Industri Akademia iaitu memadankan keperluan industri dengan kepakaran di universiti.
04:47Sebagai contohnya, kita akan mewujudkan satu konsortium semiconductor.
04:50Dan ketiga, insentif cukai R&D untuk menggalakkan syarikat melabur semula keuntungan dalam aktiviti R&D.
Comments