Skip to playerSkip to main content
'Pak guard' terima lebih 2,000 hadiah, diraikan seperti raja sehari sempena hari persaraan

Seorang 'pak guard' yang dikenali sebagai Wahab Deris, 64, tidak dapat menahan sebak selepas menerima lebih 2,000 hadiah daripada pelajar serta guru di Sekolah Kebangsaan Jeli 2 sempena hari persaraannya pada Jumaat lalu sehingga perlu diangkut menggunakan dua buah kereta, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Bapa kepada empat anak dari Kampung Gemang di Jeli itu juga diraikan seperti raja sehari apabila diarak serta bersanding di atas pelamin khas yang dibuat untuknya.

Kebiasaannya majlis semeriah ini diadakan khas untuk menyambut persaraan guru namun sebaliknya yang dilakukan di SK Jeli 2 apabila ia dikatakan idea daripada guru besar, Salmiah Mat Nawi.

Muzik: Dreams oleh Bensound.com

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755154/edisi/kelantan/pak-guard-sk-jeli-2-diraikan-seperti-raja-sempena-persaraan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #budi95 #penyasaransubsidi #subsidigula #subsidiberas #subsidiminyakmasak
Transcript
00:00Seorang pakgat yang dikenali sebagai Wahab Deriz, 64 tahun, tidak dapat menahan sebab selepas menerima lebih 2,000 hadiah daripada pelajar serta guru di Sekolah Kebangsaan Jeli II,
00:12sempena hari persaraannya pada Jumat lalu sehingga perlu diangkut menggunakan dua buah kereta.
00:17Bapa kepada empat orang anak dari kampung Gemang di Jeli itu juga diraihkan seperti raja setahari apabila diarak serta bersanding di atas pelamin khas yang dibuat untuknya.
00:28Kebiasaannya, Madri Sumraya ini diadakan khas untuk menyambut pesaraan guru namun sebaliknya yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Jeli II apabila ia dikatakan idea daripada guru besar Salmiah Matnawi.
00:41Lebih mengharukan lagi apabila Wahab diberikan peluang bersanding bersama isteri tercinta, Sawia Abdurani dan ini merupakan kali pertama buat mereka setelah usia perkahwinan telah mencecah 43 tahun.
00:55Menurut dia, semasa berkahwin dulu mereka tidak bersanding kerana hidup susah dan tidak sangka masih diberikan peluang untuk merasai pengalaman tersebut.
01:06Alhamdulillah katanya, terima kasih kepada guru besar, sumur guru dan pelajar yang sudi meraihkan dia sebegini meriah pada hari persaraan.
01:15Wahab dan isteri juga sangat terharu apabila diraihkan seperti pengantin baru.
01:19Sebagai pengawal keselamatan yang telah berkhidmat selama 12 tahun di sekolah tersebut, hari persaraannya itu cukup indah.
01:27Ujah datuk kepada 10 orang cucu itu, kasih sayang serta layanan baik yang diterima daripada guru serta pelajar merupakan rezeki dari Allah buat dia.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended