Skip to playerSkip to main content
KPKT rangka sistem simpanan data peminjam

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka sistem simpanan data peminjam dan syarikat pemberi pinjaman wang yang boleh merekodkan transaksi pinjaman secara masa nyata.

Menurutnya, sistem berkenaan dilengkapi pemantauan dan pembayaran digital yang bakal memperkasakan pengawalseliaan kepada pemberi pinjaman wang supaya tiada caj tambahan kepada orang awam yang berhasrat membuat pinjaman.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran yang mahu tahu sama ada kerajaan bercadang membangunkan portal bersepadu antara KPKT, pemberi pinjaman wang berlesen dan peminjam dilengkapi sistem pemantauan serta pembayaran digital.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #KPKT #sidangdewanrakyat #sistemsimpanandatapeminjam #syarikatberipinjam
Transcript
00:00Kandang-kandang Pertua, Alian Mohamad, memanglah Kementerian ini sentiasa bertekad untuk kita menambah baik pengawal seliaan dan penyampaian perkhidmatan khususnya melalui Akta 400 yang berada di bawah seliaan kita, termasuklah melalui inisiatif pendigitilan perkhidmatan seperti mana yang disebutkan oleh Alian Mohamad.
00:18Ketika ini Alian Mohamad, Kementerian sedang dalam peringkat memuktamatkan cadangan projek rintis bagi kita membangunkan satu platform atau sistem repository data peminjam dan pemberi pinjaman wang yang boleh merekodkan transaksi pinjaman secara masa nyata ataupun real time.
00:36Dan Tuan Niri Pertua, sistem ini akan dilengkapi dengan sistem pemantauan dan pembayaran digital yang bakal memperkasakan pengawal seliaan kepada pemberi pinjam wang.
00:47Dan pada masa yang sama supaya tiada caj tambahan dikenakan kepada orang awam yang berhasrat untuk membuat pinjaman bersama dengan syarikat-syarikat pemberi pinjaman.
00:58Untuk buat masa ini Tuan Niri Pertua, perkara ini sedang dirangka dan insyaAllah pada masa yang sama daripada aspek perlindungan kepada peminjam, sistem ini juga nantinya akan dilengkapi dengan skim perlindungan insurans pinjaman yang akan memberi perlindungan kepada peminjam-peminjam yang layak.
01:17Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended