Skip to playerSkip to main content
Cubaan seludup bunga ganja lebih RM4 juta ke ibu negara

Cubaan satu sindiket dadah untuk menyeludup bunga ganja bernilai lebih RM4 juta dipercayai ke ibu negara berjaya digagalkan dalam satu operasi khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, operasi yang dijalankan dengan kerjasama Pasukan Peronda Lebuhraya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman serta JSJN Kontinjen Pulau Pinang itu berjaya menahan sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tol Sungai Dua, Pulau Pinang kira-kira jam 2.30 petang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/755194/berita/semasa/cubaan-seludup-bunga-ganja-lebih-rm4-juta-ke-ibu-negara

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #bungaganja #PDRM
Transcript
00:00Kita menahan sebuah kereta di Lebur Raya berhampiran tol Sungai 2, Pulau Pinang pada jam 2.30 petang.
00:09Dalam sebuah ini, kita berjaya menahan satu kenderaan, Toyota Velfire warna hitam.
00:17Dan yang mana kita setelah tahan, kita dapati pemandunya adalah seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun
00:25berasal daripada kursus kita iaitu Pulau Pinang, Sekurang Perai.
00:31Apabila pemeriksaan lanjut yang kita buat, kita dapati dalam kereta ini ada 4 kotak besar
00:38yang dibalut dengan plastik hitam dan masing-masing setiap kotak ini mengandungi 53 bungkusan plastik usina
00:47yang berisi dengan dadah jenis bunga ganja seperti yang tuan-tuan nampak ini
00:52yang ditaruh dalam plastik 4 kotak plastik hitam.
00:56Berat kesemuanya adalah sebanyak 112.4, mana 112.5 kg bunga ganja
01:06dengan nilai 4.4 juta.
01:11Jadi, suspek yang kita tahan ini berumur 24 tahun
01:15ada 7 rekod jenayah yang berkaitan judi dan durin kita buat negatif.
01:26Okey?
01:26So, selain daripada tangkapan dan rampasan ini, kita juga telah membuat rampasan
01:31barang-barang yang bersampingan dengan suspek ini.
01:35Barang-barang kecil seperti beg galas, paspor dia, alat kualan jauh,
01:38kat Tachenggo dan tindakan susulan di bawah FOP sitaan adalah kita merampas
01:45satu motosikal jenis Yamaha LC-135
01:49pemilik kepada penama yang kita tangkap ini.
01:55Kes ini sebab kejadian adalah di bawah kawasan Pulau Pinang
01:59disiasat oleh narkotik Pulau Pinang, air wadu sana, Inspektor Syarul
02:03dan telah berjaya mohon liman selama 7 hari sehingga 5 Hebelas-11.
02:10Jadi, lagi sekali saya beritahu,
02:12keadaan yang dirampas nilai dia 4.4 juta.
02:16Modus perandi kita tengok
02:18subjek siasatan awal.
02:21Ini siasatan seterusnya dilakukan oleh pihak Pulau Pinang.
02:26subjek siasatan awal kita dapati penama ini telah diupah
02:30dengan bayaran sebanyak RM18,500
02:33oleh sindiket.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended