Skip to playerSkip to main content
Kerajaan belanja RM19.5 juta bagi subsidi 39,744 tiket penerbangan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Seiw Fook menyatakan kerajaan bagi tahun ini, membelanjakan RM19.5 juta untuk mensubsidikan 39,744 tiket penerbangan iaitu RM491 bagi penumpang yang layak pada musim perayaan.

Menurutnya, dengan subsidi berkenaan, harga yang perlu dibayar penumpang adalah RM499 walaupun purata harga sebenar adalah RM990.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #subsiditiketpenerbangan #tiketpenerbanganmusimperayaan
Transcript
00:00Pemula tahun 2024, Kerajaan Medani telah melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk laluan-laluan dari semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan,
00:13sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai, Pesta Kehamatan dan Hari Natal.
00:19Pada tahun 2024, tiket penerbangan sehala yang layak telah ditetapkan pada harga siling RM599 untuk tiga hari sebelum musim perayaan.
00:32Kos melebihi harga siling adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan, tidak termasuk cukai dan fee.
00:37Pada tahun 2025, harga siling ini diturunkan kepada RM499 sahaja dan tempoh subsidi dipanjangkan kepada empat hari sebelum musim perayaan.
00:50Sekiranya tiket tidak mencecah harga siling, mereka akan dijual pada harga pasaran seperti biasa.
00:57Tanpa subsidi, harga tiket penerbangan sehala bagi laluan Kuala Lumpur ke Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu pada musim perayaan boleh mencecah RM1,000 ataupun lebih.
01:07Dan memang ini perkara yang amat biasa pada musim-musim perayaan yang dulu.
01:13bergantung kepada faktor permintaan, waktu tempahan dan ketersediaan tempat duduk.
01:20Sebagai contoh, harga purata bagi laluan Kuala Lumpur Sandakan sebelum pelaksanaan program subsidi ini pada bulan Januari 2023,
01:30bersempurna Tahun Baru Cina adalah RM907.
01:34Pada tahun 2024, Kementerian Pengangkutan telah membelanjakan RM11 juta untuk mensubsidikan
01:4126,993 tiket penerbangan yang berlebihi hak ke siling RM599.
01:50Ini bermaksud harga purata sebenar tiket penerbangan ialah RM1,007.
01:56Kerajaan telah mensubsidikan RM408, menjadikan harga maksimum yang dibayar oleh penumpang adalah RM599.
02:04Bagi tahun 2025, Kementerian membelanjakan RM19.5 juta untuk mensubsidikan RM39,744 tiket penerbangan,
02:16iaitu RM491 untuk setiap tiket penerbangan yang layak.
02:21Dengan subsidi ini, harga maksimum yang perlu dibayar oleh penumpang adalah RM499,
02:26walaupun purata harga sebenar adalah RM990.
02:30Subsidi untuk tahun ini telah dilaksanakan untuk Tahun Baru Cina,
02:34Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai, Pesta Kehamatan dan akan diteruskan untuk Krismas pada bulan depan.
02:41Kementerian Pengangkutan mengambil maklum bahawa sesetengah penumpang mungkin tidak sedar
02:45jumlah subsidi besar yang telah diperuntukkan kerajaan apabila mereka membeli tiket penerbangan pada musim perayaan.
02:52Kementerian Pengangkutan mengalukan cadangan dari Yang Mohamad dan akan berbincang dengan pihak syarikat penerbangan
02:57bagi mencari mekanisme terbaik untuk memaklumkan kepada penumpang
03:01berkenaan dengan jumlah subsidi tiket penerbangan yang telah pun memanfaatkan mereka.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended