00:00Tansri Andi-Petua,
00:01Bagi menilai keberkesanan program pembangunan keluarga yang dianjurkan,
00:06Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
00:10ataupun LPPKN
00:12telah menggunakan pendekatan model penilaian Kirkpatrick
00:17sebagai kerangka penilaian.
00:19Terdapat tiga indikator utama yang digunakan untuk mengukur
00:23impak intervensi secara menyeluruh.
00:26Yang pertama, indikator pengetahuan.
00:28Mengukur peratusan peningkatan literasi kekeluargaan,
00:32kemahiran keibu-bapaan
00:34dan pengurusan konflik dalam kalangan peserta termasuk lelaki.
00:39Yang kedua, indikator pengamalan
00:41iaitu mengukur peratusan peserta yang mengaplikasikan
00:46ilmu yang dipelajari dalam konteks interaksi harian
00:50bersama pasangan dan anak-anak.
00:53Yang ketiga, indikator perubahan tingkah laku
00:56iaitu mengukur peratusan peserta yang menunjukkan perubahan
01:00tingkah laku positif dalam tempoh masa tertentu selepas program.
01:05Penemuan penilaian ke atas program pembangunan keluarga LPPKN
01:10sehingga suku kedua tahun 2025
01:12menunjukkan impak yang positif di mana lebih 90%
01:17peserta melaporkan peningkatan pengetahuan
01:21selepas mengikuti program manakala hampir 90%
01:26peserta mengakui mengamalkan pengetahuan yang dipelajari
01:30dan hampir 70% peserta pula
01:33mengalami perubahan positif dalam tingkah laku.
01:37Secara keseluruhannya, indikator-indikator ini menunjukkan bahawa
01:41modul seperti Parenting at Work
01:43serta program pembangunan keluarga LPPKN
01:46memberi impak positif dalam meningkatkan literasi kekeluagaan
01:51memupuk budaya hormat menghormati antara pasangan
01:54dan seterusnya membantu mengurangkan risiko penderaan
01:58termasuk terhadap lelaki.
02:00Statistik PDRM menunjukkan bahawa
02:03golongan lelaki juga tidak terkecuali
02:06daripada menjadi mangsa keganasa rumah tangga.
02:08Pada tahun 2022 seramai 1,778 mangsa lelaki direkodkan
02:16tahun 2023 terdapat penurunan kepada 1,213 kes
02:22tahun 2024 kes naik semula kepada 1,865 kes
02:29dan bagi tahun 2025 sehingga Julai
02:33sahaja sebanyak 1,183 kes keganasa rumah tangga
02:39yang melibatkan kaum lelaki.
02:42Kerajaan melalui LPPKN sedang giat
02:46melaksanakan satu inisiatif strategik
02:50selaras dengan fokus Rancangan Malaysia ke-13
02:53untuk memperkukuh institusi kekeluagaan
02:57dan meningkatkan kualiti modal insan negara.
03:00Inisiatif ini adalah dinamakan program
03:04Lelaki Budiman Negara yang mengandungi
03:06pembangunan dan pelaksanaan modul pendidikan
03:09Lelaki Budiman yang secara langsung
03:12menyokong mandat LPPKN dalam memperkasa
03:15peranan lelaki sebagai suami, bapa dan anggota
03:18masyarakat yang bertanggungjawab.
03:20Terima kasih.
03:30Terima kasih.
Comments