Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Malaysia will negotiate tariffs with the United States on its own, citing differences in national circumstances, priorities, and conditions compared with India, says Datuk Seri Mohamad Hasan.

The Foreign Minister said that Malaysia will conduct negotiations with the US based on its own terms, as there are certain issues that differ from the situation with India.

Read more at https://tinyurl.com/nxdf2pak

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Tuan Seri yang Pertua, hubungan antara Malaysia dan Republik India ini, dia bukan perkara baru.
00:11Hubungan kedua buah negara ini dah lama.
00:14Terutamanya hubungan di antara people to people.
00:18Lama dah sebelum hubungan diplomatik, hubungan dua hala diplomatik itu dibuat secara resmi pada tahun 1957.
00:28Jadi kedatangan ataupun lawatan resmi Perdana Menteri India, Naranda Modi di Malaysia pada hujung minggu lepas adalah merupakan usaha untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara kedua buah negara.
00:49Dan juga ialah merupakan lawatan balas Perdana Menteri India, sempena lawatan resmi yang amat berhormat Perdana Menteri kita, Datuk Seri Nohan Ibrahim ke India pada hujung tahun 2024.
01:03Jadi banyak perkara antara India dan Malaysia ini hubungannya, terutamanya hubungan dagang.
01:14Hubungan dagang di antara India dan Malaysia ini dah hampir mencecah 19 bilion USD.
01:21Dan ia merupakan lebihan dagangan kepada kita, ia menguntungkan kita.
01:31Berdagang dengan India ini, ia menguntungkan Malaysia kerana India mengimport banyak barang-barang daripada Malaysia berbanding dengan Malaysia memberi barangan daripada India.
01:42Dan kebanyakannya, majoriti yang kita ekspor ke India itu dalam bentuk minyak kelapa sawit dan juga barang-barang elektronik dan elektrik.
01:54Semiconductor kita dan kita juga mengimport barang-barang semiconductor dan juga barang-barang industri daripada India.
02:02Jadi ini merupakan asas kokoh yang telahpun diasaskan antara Malaysia India.
02:09Dan pada ketika ini, kita tidak lagi bercakap tentang untuk kita mengeratkan lagi hubungan.
02:18Tetapi bagaimana untuk Malaysia dan India memperkasakan lagi hubungan, terutamanya hubungan dagang, keselamatan dan juga dari segi cyber security.
02:30Berkenaan dengan pertanyaan tentang rundingan tarif di antara Malaysia, India dengan Amerika, Amerika tidak berunding secara multilateral.
02:45Amerika tidak suka berunding secara multilateral.
02:49Dia suka berunding secara unilateral dan juga bilateral.
02:53Dan dia tak mahu berunding secara berkelompok.
02:55Jadi kita berunding dengan Amerika secara sendiri, India secara sendiri dan juga semua negara-negara secara sendiri.
03:04Tetapi kami bertukar-tukar jugalah.
03:06Saya dengan rakan sejawat saya, Dr. Rajashankar bertukar-tukar pandangan apa perlu yang kita lakukan.
03:15Kerana India sedang, dia telah pun menandatangani framework.
03:20Belum lagi menandatangani final document.
03:22Kita menandatangani MOU.
03:25Belum lagi kita merundingkan dia punya terma-terma secara khusus.
03:31Sebelum itu, MOU ini belum diretifikasi lagi.
03:35Jadi kita sedang berunding.
03:37Malaysia sedang berunding, Tuan Sipetua, merundingkan terma-terma yang telah pun disain di dalam MOU tersebut.
03:44Dan usaha merunding ini dibuat oleh MITI lah.
03:46Kita sedang berundingkan terma-terma yang telah disebut dan untuk mengharmonikannya.
03:55Jadi apabila itu dah diharmonikan nanti, maka kita akan meretifikasi kita punya perjanjian antara kedua buah negara.
04:02Begitu juga India.
04:04India sedang merunding dia punya framework.
04:06Jadi kita dalam keadaan yang sama, India diberi 18% tapi belum lagi boleh menggunakan kemudahan 18% tarif itu sebelum mereka meretifikasi tarif agreement di antara India dan juga Amerika.
04:23Yes?
Comments

Recommended