00:00Apabila Donald Trump melangkah keluar dari pesawat Air Force One pada pagi Ahad
00:06dan mula menghayun badan mengikut rentak baluan kompang,
00:10Malaysia telah memperlihatkan kepada dunia satu detik yang jarang berlaku.
00:15Diplomasi melalui tarian.
00:18Saat itu figura paling kontroversi di dunia itu
00:21bukan menjadi tajuk berita kerana konfrontasi,
00:24tetapi kerana hubungan dan kemesraan.
00:27Di atas kapet merah KLIA,
00:31Presiden AS berusia 79 tahun itu tersenyum
00:35melambaikan bendera Malaysia dan Amerika
00:38menggerakkan badan mengikut irama sambutan Malaysia.
00:43Tak sempurna tetapi penuh keceriaan.
00:47Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut serta
00:49menjadikan ketibaan rasmi itu sebagai satu suasana yang penuh tawa,
00:54spontan dan santai.
00:57Seluruh dunia menonton,
00:59ramai menggambarkan tarian singkat itu sebagai diplomasi yang kita perlukan
01:04dan bukti bahawa kemesraan mampu melangkaui kata-kata.
01:10Trump berada di Kuala Lumpur untuk sidang kemuncak ASEAN,
01:13tetapi sambutannya membawa makna yang lebih mendalam
01:16tentang seni diplomasi berbanding sebarang kenyataan rasmi.
01:22Kisah sebenar bukanlah tentang tarian Trump,
01:25tetapi mengenai Malaysia, negara yang terkenal dengan keramahan.
01:30Dalam harmoni paluan kompang,
01:33kibaran bendera dan senyuman,
01:36Malaysia mengingatkan dunia
01:37bahawa diplomasi wujud dalam budi bahasa yang tenang dan sopan.
01:43Di pagi yang indah itu,
01:45ketika seorang presiden menari mengikut rentak kita,
01:48dunia menyaksikan apa yang dimaksudkan
01:50dengan kuasa diplomasi,
01:53irama,
01:54keikhlasan
01:55dan keramahan Malaysia yang tiada tandingan.
02:00Untuk artikel penuh oleh Frankie D. Cruz,
02:03Layari FMT
02:04Zaharu Alam Yayah Syahir
02:07dan Frankie D. Cruz, FMT
Comments