00:00Muad Zarkashi menegaskan akan menjadi individu pertama membantah jika cadangan penyatuan politik antara UMNO dan PAS dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi akan datang.
00:12Ahli MKT itu berkata penyatuan politik atas nama kuasa antara kedua-dua parti terbabit bukan idea baik, malah berpotensi mencetuskan lebih banyak masalah dalam jangka panjang.
00:24Beliau percaya penyatuan politik UMNO-PAS tidak akan berjaya kerana bersifat sementara dan akhirnya akan berakhir dengan perasaan sakit hati.
00:35Puad mendakwa PAS mempunyai rekod memanipulasi sentimen agama demi kepentingan politik sekaligus menimbulkan persoalan besar terhadap keikhlasan parti tersebut dalam sebarang bentuk penyatuan.
00:48Beliau berkata walaupun penyatuan itu kelihatan menarik di atas kertas, realiti politik PAS menunjukkan ia mempunyai masalah dalaman yang sukar diubah.
00:59Beliau mengingatkan sejarah kerjasama politik PAS menunjukkan hampir semua gabungan yang disertainya berakhir dengan kegagalan termasuk Angkatan Perpaduan Umar, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Perikatan Nasional.
01:14Khadijah Juno, FMT
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments