Peralihan ke arah pertumbuhan berasaskan pelaburan menerima pujian, namun dengan peringatan bahawa syarikat swasta perlu memainkan peranan utama bagi memastikan inovasi, peluang pekerjaan, dan manfaat ekonomi jangka panjang dapat dikekalkan.
00:00Ahli ekonomi menyambut baik langkah kerajaan menumpukan pertumbuhan berasaskan pelaburan dalam Belanjawan 2026
00:08namun menegaskan sektor swasta perlu memainkan peranan utama supaya momentum ekonomi dapat dikekalkan.
00:16Belanjawan berjumlah RM470 bilion di Bentang 6 Oktober lalu,
00:21memperuntukkan RM50.8 bilion untuk pelaburan melalui syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, kerjasama awam swasta, badan berkanon dan menteri kewangan diperbadankan.
00:35Ahli ekonomi Jeffrey Williams menggambarkan pendekatan itu sebagai satu perkembangan pragmatik dalam pengurusan ekonomi
00:41dan menumpukan kepada memacu pertumbuhan melalui pelaburan memandangkan pertumbuhan sebenar hanya dapat dicapai dengan memperkukuh potensi penawaran dalam ekonomi.
00:51Menurut beliau, menyalurkan sebahagian perbelanjaan pembangunan melalui GLIC dapat mengimbangi langkah berjimat dengan kecekapan pasaran
01:00sekaligus membantu mengurangkan defisit sambil memberi pulangan kepada pencarum dalam bentuk dividen tahunan.
01:07Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferleto berkata Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha menarik masuk pelaburan swasta
01:16bukan menggantikannya dengan pelaburan kerajaan.
01:19Bagi mencapai ekonomi kurang bergantung kepada GLIC,
01:24Ferleto mencadangkan usaha seperti rangkaian perusahaan
01:27di mana perusahaan kecil dan sederhana bekerjasama untuk berkongsi sumber,
01:32melaksanakan projek bersama dan mengukuhkan kedudukan pasaran.
Be the first to comment