Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Seramai 1,743 anggota keselamatan digerakkan di Jakarta bagi mengawal beberapa siri demonstrasi yang diadakan sempena setahun pentadbiran Presiden Prabowo Subianto, melibatkan pelbagai kumpulan masyarakat termasuk mahasiswa dan pemandu e-hailing.
Transcript
00:00Lebih seribu anggota keselamatan digerakkan di Jakarta bagi mengawal beberapa siri demonstrasi bersempena setahun pemerintahan Presiden Prabowo Subianto pada Isnin.
00:10Menurut Ketua Seksyen Perhubungan Awam Polis Metro Jakarta Pusat, Ibtu Ruslan Basuki, penugasan ini dilakukan bagi memastikan demonstrasi berjalan selamat teratur dan tidak mengganggu aktiviti orang awam.
00:24Demonstrasi yang dijadual berlangsung di sekitar Jakarta Pusat menarik penyertaan pelbagai kumpulan masyarakat termasuk aktivis pelajar dan pemandu motosikal e-healing.
00:36Perhimpunan itu dijadual bermula pada jam 9 pagi waktu tempatan dengan anggota keselamatan ditugaskan di beberapa lokasi utama termasuk Kompleks Parlimen, Monas, Gambi, Sarinah, Jalan MH Tamrin, Menteng dan Ibu Pejabat Pengurus Besar Nahdatul Ulama PBNU.
00:54Ruslan menjelaskan pengawalan dilaksanakan bagi menjamin kelancaran penyampaian aspirasi rakyat tanpa mengganggu kehidupan seharian penduduk.
01:03Orang awam yang mempunyai urusan di kawasan terlibat dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mengikuti perkembangan trafik semasa bagi mengelakkan kesesakan.
Comments

Recommended