00:00Tabung kewangan antarabangsa IMF mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK sebenar Malaysia pada kadar 4.5% bagi 2025 dan 4.0% pada 2026.
00:14Unjuran itu dinyatakan IMF dalam kemas kini tinjauan ekonomi dunia WEO edisi Oktober 2025 bertajuk Global Economy Influx Prospects Remain Dim yang ditebitkan pada selasa.
00:26Katanya bagi pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi membangun, pertumbuhan dijangka menyederhana kepada 4.2% pada 2025 dan 4.0% pada 2026 daripada 4.3% pada 2024.
00:43Menurutnya unjuran itu hampir tidak berubah berbanding kemas kini WEO edisi Julai dan merupakan semakan menaik kumulatif sebanyak 0.6% berbanding WEO April 2025.
00:57Angka ini lebih rendah sebanyak 0.2% secara kumulatif berbanding unjuran pada Oktober 2024 dengan negara membangun berpendapatan rendah mengalami semakan menurun yang lebih besar berbanding negara berpendapatan sederhana kata IMF.
01:11Menurutnya bagi rantau Asia yang sedang pesat membangun dan membangun, pertumbuhan dijangka menyusut daripada 5.3% pada 2024 kepada 5.2% pada 2025 dan seterusnya kepada 4.7% pada 2026.
01:27Katanya bagi beberapa negara di rantau ini terutama di ASEAN iaitu antara yang paling terkesan, evolusi unjuran pertumbuhan sebahagian besar yang mencerminkan kadar tarif efektif yang dikenakan.
01:39Tambahnya di China, unjuran pertumbuhan KDNK 2025 disemak turun sebanyak 0.6% dalam WEO April 2025,
01:47susulan peningkatan ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.
01:53Kemudiannya disemak naik 0.8% dalam kemas kini WEO Julai selepas keputusan menghentikan menaikkan tarif pada Mei.
02:01Menurut IMF, hasil yang lebih kukuh berbanding jangkaan dalam tempoh beberapa suku yang lepas mencerminkan pelaksanaan awal dalam perdagangan antarabangsa serta penggunaan domestik yang kekal teguh.
02:13Ini didorong oleh pengembangan fiskal pada 2025 yang berjaya meimbangi tekanan daripada ketidaktentuan dan tarif yang tinggi.
Comments