00:00Adun Bawang Asan Wong Sun Koh dari Gabungan Parti Sarawak menyelar Ahli Parlimen PAS yang menggesa penerbangan Malaysia Airlines berhenti menghidangkan minuman beralkohol.
00:11Beliau meminta Ahli Parlimen Hulu Selangor, Hasni Zan Harun tidak menghirik syarikat penerbangan negara dalam politik agamanya dan menyifatkan gesaannya jahil serta tidak berpandangan jauh.
00:22Adun Tujuh Penggal itu berkata pengharaman alkohol akan menjejaskan jumlah penumpang Malaysia Airlines yang menyatuni pelancong dari seluruh dunia dan pelbagai latar belakang agama.
00:33Wong berkata ini soal kelasungan ekonomi kerana Malaysia Airlines masih dalam proses pulih daripada kesan pandemik dan terpaksa bersaing dengan syarikat penerbangan utama lain seperti Singapore Airlines, Emirates dan Qatar Airlines.
00:47Wong menyifatkan gezaan Hasni Zan sebagai tindakan yang memalukan dirinya dan PAS sambil menegaskan parti itu perlu melangkaui pendirian sedemikian jika benar-benar mahu mentadbir negara selain menuduh Ahli Parlimen Berkenaan menggunakan agama untuk memecah belakang rakyat.
Be the first to comment