Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
KPKM terima RM6.87 bilion dalam Belanjawan 2026 untuk memperkukuh keterjaminan makanan negara, bantu pesawah, nelayan dan usahawan tani melalui subsidi, insentif dan pembiayaan Agrobank.
Transcript
00:00Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM menifatkan Belanjawan 2026 sebagai belanjawan rakyat yang memperkukuh asas Keterjaminan Makanan Negara dan memacu pembangunan sektor agromakanan secara menyeluruh.
00:15Menterinya Datuk Seri Muhammad Sabu berkata, dengan peruntukan sebanyak RM6.87 bilion, KPKM yakin pelbagai cabaran dalam sektor itu dapat ditangani dengan lebih efektif.
00:30Menurutnya peningkatan peruntukan sebanyak 7% berbanding tahun 2025 juga selaras dengan pelaksanaan Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030
00:42yang menekankan aspek pemodenan, kelestarian dan kesejahteraan golongan sasa termasuk pesawah, nelayan serta usahawan tani.
00:51Dalam satu kenyataan, beliau berkata kejayaan penyasaran semula subsidi di bawah KPKM telah menjimatkan perbelanjaan negara melalui pengampungan harga ayam,
01:00telur dan penyasaran semula subsidi di sel.
01:03Jelasnya melalui penjimatan tersebut, kerajaan kini memberi tumpuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import makanan melalui peningkatan pengeluaran tempatan.
01:12Ujarnya antara langkah diambil termasuklah menyediakan RM300 juta bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri untuk memanfaat penggunaan tanah bagi projek pertanian.
01:25Katanya selain itu, sebanyak RM55 juta disediakan bagi menyokong pengusaha buah-buahan tempatan antaranya insentif tanaman dan prasarana ladang nenas termasuk di Sarawak
01:35serta tanaman buah-buahan yang lain seperti durian Belanda, jambu air dan limau Bali.
01:41Menurut beliau, dalam aspek kebajikan pesawah, kerajaan menyediakan sebanyak RM2.62 bilion untuk pelbagai subsidi dan insentif merangkumi subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih dan insentif pengeluaran padi.
01:57Beliau berkata bagi menyokong perkembangan usahawan tani dan menggalakkan pemodenan sektor pertanian, sejumlah RM1.1 bilion pembiayaan akan disediakan agrobank untuk membantu pengembangan perniagaan serta menyokong penggunaan teknologi automasi dan mekanisasi.
02:15Menurut Muhammad, kesejahteraan nelayan turut menjadi perhatian utama kerajaan. Insentif hasil takapan disediakan sebanyak RM160 juta, manakala allowance sehara hidup mereka dikekalkan sehingga RM300 sebulan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended