00:00Kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian LIF di projek perumahan rakyat PPR sekitar ibu negara dijangka bermula selepas Belanjawan 2026 diluluskan.
00:10Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fazil berkata, Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur di BKL
00:16mempercepatkan perasaan projek penambahbaikan LIF yang sering mengalami kerosakan susulan lawatan beliau ke Pantai Dalam baru-baru ini.
00:24Menurutnya, Perdana Menteri meminta supaya RM300 juta disediakan untuk segera melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan.
00:31Jangkaan kebiasaannya untuk menukar LIF akan makan masa sekitar 6 hingga 9 bulan setelah proses tender dan segalanya selesai.
00:39Beliau turun menjelaskan bahawa senara PPR yang memerlukan penambahbaikan LIF sedang dikemas kini dan akan dilaksanakan mengikut keutamaan selepas proses belanjawan dan tender selesai.
00:48Langkah ini dijangka memberi kelegaan kepada ribuan penghuni PPR yang selama ini berdepan kesulitan akibat kerosakan LIF sekaligus meningkatkan kualiti hidup komuniti bandar.
Be the first to comment