Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Kerajaan memperuntukkan RM62.2 bilion bagi sektor pendidikan dalam Belanjawan 2026, menunjukkan komitmen terhadap akses pembelajaran menyeluruh.
Transcript
00:00Komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan akses pembelajaran lebih baik untuk semua peringkat dibuktikan dengan peruntukan RM62.2 bilion bagi sektor pendidikan dalam belanjawan 2026.
00:12Menurut penganalisis ekonomi Uni KL Business School Prof. Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, agensi kerajaan juga seharusnya perkuat komunikasi antara kementerian bersama masyarakat khususnya melalui platform media sosial yang kini menjadi saluran utama penyampaian maklumat.
00:30Komunikasi, kolaborasi di antara agensi-agensi kerajaan adalah amat penting untuk melaksanakan pelan yang mahu dibuat oleh pihak kerajaan ataupun kabinet.
00:41Jadi kementerian-kementerian haruslah bekerjasama, tahu apa yang perlu dibuat dan pada yang sama juga lebih berkesan dalam berkomunikasi dengan masyarakat.
00:52Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi membincangkan mengenai PASCAP Belanjawan 2026 pada Sabtu.
00:57Jelas beliau setiap agensi digalakkan mempunyai laman sosial rasmi bagi memberi maklum balas kepada rakyat serta menjalankan lebak urus bersama masyarakat bagi menambah baik mutu perkhidmatan serta cara penyampaian maklumat.
01:08Menurut Dr. Aimi, pendekatan tersebut bukan sahaja akan melibatkan agensi dan kementerian, malah kerjasama rakyat dalam menyalurkan pandangan serta maklum balas bagi memastikan keberkesanan setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan.
01:18Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended