Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Polis mengesahkan identiti mayat lelaki yang ditemukan dalam bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh sebagai Lee Boon Han, 31 tahun, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya minggu lalu.
Transcript
00:00Baik kita beralih ke laporan yang selanjutnya di mana polis mengesahkan identiti mayat lelaki yang ditemui dalam sebuah bagasi berhampiran flat Ampang Jajah, Permatang Pauh pada Khamis sebagai Lee Bun Han, 31 tahun.
00:15Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Azizi Ismail berkata pengesahan itu dibuat berdasarkan pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.
00:22Sebelum ini polis menerima laporan daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya hilang selepas gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah di paya terhubung setelah dikatakan keperlis atas urusan kerja.
00:38Azizi memaklumkan proses berdasar siasat telah dijalankan di hospital seberang jaya dan mangsa dipercayai dibunuh.
00:45Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan pihak yang terlibat dalam kejadian itu.
00:50Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan Kerana Membunuh.
00:55Pada Khamis, media melaporkan penembuhan mayat lelaki tanpa identiti dalam sebuah bagasi oleh seorang pekerja pembersihan saluran yang sedang melaksanakan tugas rutin di kawasan tersebut.
01:06Kes ini menjadi tumpuan ramai berikutan keadaan mayat yang mengerikan dengan leher dikelar dan tangan diikat sebelum disumbat ke dalam bagasi.
Comments

Recommended