00:00Baik, kalau kita lihat dengan sekatan yang sedia ada dan kalau kita mahu tengok sejauh mana ia boleh menampung,
00:07sekatan bukan sahaja boleh menjejaskan ekspor tetapi juga dia boleh menimbulkan satu lagi persoalan seperti yang Zul tanyakan tadi iaitu
00:15jika minyak tidak dapat keluar, boleh atau tidak Iran menyimpan buat sementara waktu dan sejauh mana kapasiti simpanan ini menjadi
00:25penampan kepada tekanan sekatan.
00:27Jadi untuk faham isu ini kita harus lihat dahulu infrastruktur Iran itu sendiri di mana di Iran kilang penapisan domestik
00:35Iran mempunyai kapasiti sekitar 2.6 juta tong sehari
00:40dan kira-kira 90% ekspor minyak mentah Iran keluar melalui Pulau Khark sebelum merentasi selat hormus itu.
00:48Tetapi apabila sekatan ini diperlahankan dan memperlahankan ekspor, minyak yang tidak dapat dihantar perlu disimpan.
00:57dan di sini muncul isu ruang simpanan di mana menurut penganalisis Iran masih lagi mempunyai simpanan darat yang dianggar mencukupi
01:07kira-kira 20 hari pengeluaran semasa.
01:10Itu memberi penampan dalam jangka pendek sahaja tetapi kalau kita mahu lihat sekatan ini berlarutan dan kalau lebih lagi daripada
01:18beberapa bulan simpanan boleh menjadi semakin terhad.
01:22Dan apabila menjadi terhad ruangan storan penuh Iran mungkin terpaksa mengeluarkan pengeluaran minyak.
01:28Dan juga sedikit menariknya Iran juga dilihat menggunakan storan terapung untuk menampung minyak lebihan.
01:34Di mana mereka ketika ini menggunakan sebuah kapal tangki lama bernama Nasha yang dilaporkan digunakan semula sebagai simpanan tambahan.
01:43Dan ini menunjukkan Iran bukan sahaja cuba kekalkan ekspor tetapi juga menyesuaikan diri dengan tekanan sekatan.
01:51Jadi bolehkah Iran ini menimpan minyak yang tersekat sedia ada?
01:56Dalam jangka pendek jawapannya adalah boleh tetapi jika sekatan ini berpanjangan kapasiti simpanan itu sendiri sebenarnya boleh menjadi cabaran baharu
02:05kepada Iran.
Comments