Belanjawan 2026 tumpu pembangunan sektor bernilai tinggi termasuk PKS, R&D dan tenaga, serta projek utama di Sabah dan Sarawak. TPM II Datuk Seri Fadillah Yusof tekankan kesejahteraan rakyat dan pelaburan mampan.
00:00Belanjawan 2026 memberi tumpuan kepada pembangunan sektor bernilai tinggi termasuk perusahaan kecil dan sederhana atau PKS, penyelidikan dan pembangunan atau R&D serta tenaga.
00:13Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof berpendapat, langkah itu dilihat sebagai usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara secara mampan sambil menjana peluang baharu kepada rakyat.
00:24Dalam konteks kementerian kami, Petra, Alhamdulillah kalau kita melihat 2.2 bilion ringgit tadi diumumkan untuk 43 projek tebatan banjir, 12 yang baru, yang lainnya untuk projek sambungan,
00:401.9 bilion untuk bekalan elektrik Sabah dan Labuan, terutamanya Southern Link di Sabah dan juga Labuan adalah untuk jana kuasa yang baru,
00:50292 juta ringgit untuk program MASMA, iaitu melihat pada sungai dan infrastruktur air,
00:5928.6 juta untuk pembangunan tenaga nuklear, ini lebih kepada untuk kajian awalan, kerja-kerja awalan,
01:07dan 20 juta adalah program bijak tenaga medani, Net Zero 2050.
01:11Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Sabah dan Sarawak turut menikmati peruntukan pembangunan bersejarah,
01:20masing-masing sebanyak 6.9 bilion ringgit dan 6 bilion ringgit tidak termasuk projek tambahan lain.
01:27Tambahnya peruntukan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 MA63 juga dikekalkan.
Be the first to comment