00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, MedMalaysia meramalkan luruan monsoon dijangka memasuki rantau negara bermula 1 hingga 5 Januari depan.
00:08Ketua Pengarah MedMalaysia Dr. Muhammad Hisham Muhammad Anib berkata,
00:12keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut Cina Selatan dalam tempoh berkenaan.
00:21Dalam kenyataan berasingan, MedMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora
00:25kategori ketiga di kawasan perairan timur Laut Kondor dan barat Laut Rift North sehingga Jumaat ini
00:31dengan kelajuan angin melebihi 60 km sejam dan ombak setinggi melebihi 4.5 meter.
00:38Dalam tempoh sama, MedMalaysia turut mengeluarkan amaran kategori kedua
00:42dengan angin berkelajuan 50 hingga 60 km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter
00:50yang dijangka berlaku di kawasan perairan Kondor serta timur Laut dan barat daya Rift North.
00:55Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama
00:59dikeluarkan bagi kawasan perairan Tenggara Samui, Tioman, Utara Bungguran, Tenggara dan Utara Rift North,
01:06layang-layang serta barat palawan.
01:08Angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter
01:15dijangka berlaku di kawasan berkenaan yang berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Be the first to comment