Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berharap isu penggunaan gelaran Doktor, tidak mengalih perhatian daripada tanggungjawab lebih besar dalam membangunkan belia dan sukan negara.
Transcript
00:00Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari berharap isu penggunaan gelaran doktor tidak mengalih perhatian daripada tanggungjawab lebih besar dalam membangunkan Belia dan Sukan Negara.
00:11Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata isu telahpun dijelaskan oleh Majlis Perubatan Malaysia MMC justru tidak wajar ia terus dipolemikkan sehingga menjejaskan fokus utama kementerian.
00:24Saya rasa MMC pun dah jawab. Jadi fokus utama saya adalah untuk kementerian Belia dan Sukan untuk kita memastikan bahawa apa juga yang dihasratkan oleh kerajaan itu dapat tercapai untuk pembentukan Sukan yang lebih baik dan juga Belia.
00:43Itu fokus keutamaan saya berkenaan hal-hal lain saya rasa MMC pun dah jawab dan itulah saya rasa sekarang ini masanya untuk kita bekerja sekarang ini adalah masa untuk kita pastikan kementerian Belia dan Sukan ini adalah kementerian yang besar sebenarnya.
00:58Tanggungjawab itu cukup orang kata ialah cukup hebat sebenarnya untuk kita pastikan pembentukan masa depan pemimpin Belia dan sebagainya.
01:08Jadi berikan saya ruang masa untuk kita terus maju ke hadapan.
01:13Belia berkata selepas mengadakan lawatan ke kompleks Belia dan Sukan daerah Alustar hari ini.
01:20Belia berkata KBS sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar dan strategik dalam mencorakkan masa depan kepimpinan Belia negara serta pembangunan Sukan secara menyeluruh.
01:30Pada 24 Dizem melalui MMC maklumkan graduan perubatan daripada suatu program ijazah perubatan boleh menggunakan gelaran akademik doktor sebagai tanda kelayakan akademik mereka.
01:42Gelaran itu juga bukan eksklusif kepada pengaman perubatan sahaja kerana ia turut digunakan oleh doktor pergigian, doktor veterina serta pemegang ijazah doktor falsafah PhD dalam pelbagai bidang akademik.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended