00:00President Warisan Syafi'i Abdal dicabar menarik balik semua bentuk kerjasama politik dan sokongan terhadap kerajaan persekutuan jika benar-benar menolak pengaruh parti dari semenanjung.
00:12Cabaran itu disuarakan Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah Kunak, Nur Azlinah Arif, susulan kritikan Syafi'i terhadap kerjasama antara gabungan rakyat Sabah dan Pakatan Harapan.
00:24Selain mendakwa GRS tunduk kepada PH, Syafi'i dalam program partinya minggu lalu menggesa rakyat Sabah menolak parti dari Kuala Lumpur merujuk kepada parti nasional.
00:36Nur Azlinah penyandang Dun Kunak menegaskan kenyataan Syafi'i bercanggah dengan sejarah politiknya sendiri memandangkan warisan pernah bersekutu secara rasmi dengan PH selepas PRU14 dan menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat.
00:51Nur Azlinah turut mengingatkan pengakuan Syafi'i dalam satu video kempen politik yang tular di mana beliau mendakwa pernah membantu tiga tokoh utama politik semenanjung, Najib Razak, Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir Mohamad yang masing-masing datang daripada parti Melayu yang kini dikritiknya.
01:10Menurut Nur Azlinah, GRS memilih bekerjasama dengan kerajaan perpaduan demi kepentingan rakyat dan kestabilan negeri bukan kerana tunduk kepada mana-mana pihak.
Comments