00:00Kimpunan Solidarity bersama dengan Gaza. Seketika nanti saya akan bersama dengan YB Datuk Fahmi Fadil, Banturi Komunikasi yang juga penaung bersama untuk Global Sumut Flotilla.
00:13Tetapi seketika nanti, tetapi saya bawakan dulu laporan berkaitan dengan tinjauan pendapatan dan juga perbelanjaan isi rumah atau HIES 2024 menunjukkan kadar kemiskinan tegar negara menurun dengan ketara
00:26manakala jurang pendapatan turut mengecil apabila pekali gini atau ukuran ketidaksamaan turun kepada 0.39%.
00:35Dan juga Malaysia kini berada di ambang mendoktahkan kemiskinan tegar apabila hanya 0.09% atau sekitar 7,000 isi rumah dikenalpasti masih berada dalam kategori itu berbanding lebih 27,000 pada tahun 2020.
00:56Menteri Kewangan 2 Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kejayaan ini hasil daripada dasar peningkatan pendapatan, reformasi pasaran buruh serta bantuan sosial bersasar yang kini mula menunjukkan kesan positif.
01:12Walaupun ini kita tengok ditujuk angka, tapi yang pentingnya ini bermakna yang untuk mereka yang median purata pendapatan isi rumah telah menaik lebih cepat lagi daripada purata kenaikan.
01:32Ini bermakna jurang daripada mereka yang bergaji tinggi dengan bergaji tengah dengan rendah telah kurang jurangnya.
01:38Beliau berkata demikian selepas melancarkan laporan HIES 2024 di Putrajaya pada Rabu.
01:45Beliau berkata kerajaan memberi fokus mengeluarkan baki 7,000 isi rumah yang masih miskin tegar menerusi program seperti Sumbangan Tunai Rahmah STR dan Sumbangan Asas Rahmah SARA.
01:58Kerajaan turut memperkukuh jaringan pelindungan sosial memberi penekanan kepada pendidikan, kemahiran serta peluang pekerjaan lebih baik di bawah rancangan Malaysia ke-13.
02:10Beliau menegaskan setiap dasar ekonomi bersandarkan data sahih seperti HIES bagi memastikan intervensi kerajaan memberi impak optimum kepada rakyat.
02:21HIES 2024 turut menunjukkan peningkatan pendapatan isi rumah purata kepada RM9,155 sebulan berbanding RM7,901 pada 2019 membuktikan taraf hidup rakyat semakin baik hasil pelaksanaan pelbagai program pembasmian kemiskinan.
Comments