KKM cadang cukai cecair vape dinaikkan daripada 40 sen kepada RM4 per mililiter
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengemukakan cadangan menaikkan kadar cukai ke atas cecair nikotin rokok elektronik atau vape daripada 40 sen kepada RM4 per mililiter nikotin.
00:00Terima kasih yang berhormat gelugur, satu pandangan yang kita akan ambil untuk dicadangkan kepada pihak MOF.
00:10Sekiranya saya diberikan kebenaran untuk berkongsi maklumat berkenaan tentang lingkasan penyelarasan cukai produk merokok,
00:18bagi satu batang rokok bersamaan dengan 10 puff ataupun asap yang keluar, satu kotak rokok bersamaan dengan 200 puff per kotak.
00:28Bagi cecai pula, satu mililiter cecai vap adalah bersamaan dengan 100 puff ataupun 2 mililiter cecai vap bersamaan dengan 200.
00:37Dan juga kadar cukai yang dicadangkan kepada cukai cecai vap daripada 40% kepada RM4 kepada per mililiter.
00:49Itu adalah merupakan cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan agar dapat diterima oleh pihak MOF.
00:55Walaupun demikian, apa yang kami lakukan ketika ini adalah pada 1 Oktober 2024, penguatkuasaan sepenuhnya telah dikuatkuasakan.
01:04Kami daripada pihak Kementerian Kesihatan akan mempergiatkan langkah-langkah penguatkuasaan yang terbaik bagi memastikan larangan merokok dan juga vap ini dapat dilakukan sebaik mungkin.
01:16Walaupun demikian, kita memerlukan sokongan dan kerjasama daripada masyarakat dan juga netizen di luar sana untuk membantu dan juga jangan takut untuk menegur perokok-perokok yang merokok di kawasan larangan.
01:28Itu adalah merupakan langkah yang perlu kita budayakan di kalangan masyarakat Malaysia kerana kita mempunyai undang-undang yang telah kita gubal iaitu Akta 852.
Be the first to comment