00:00Situasi terkini, SNCC telah dihubungi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada petang tadi memaklumkan proses negosiasi untuk membawa pulang delegasi Malaysia telah berjaya.
00:15Usaha ini dibantu oleh Kerajaan Turkiye, Presiden Rajiv Tayyip Erdogan, Kerajaan Jordan serta Setiausaha Kerajaan Amerika Syarikat.
00:26SNCC mengesahkan semua delegasi telah diterbangkan dari Raymond Airport pada pukul 6.40 petang waktu Malaysia menggunakan pesawat komersil Turkish Airlines yang diurus serta ditaja oleh Kerajaan Turkiye.
00:46SNCC ingin memaklumkan pada 8.40 malam waktu Malaysia sebentar tadi, semua delegasi Malaysia telahpun selamat sampai mendarat di lapangan terbang antarabangsa Istanbul.
01:05dan disambut oleh pihak kedutaan Malaysia di Turki dan Wismaputra serta Kerajaan Turkiye.
01:14Mereka akan bermalam di Istanbul di bawah jemputan dan tajaan Kerajaan Turkiye sebelum diterbangkan pulang ke tanah air menggunakan penerbangan Turkish Airlines yang juga ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Turkiye.
01:33Sumut Nusantara menzahirkan ucapan jutaan terima kasih dan sangat terharu mewakili seluruh keluarga, delegasi, sekretariat serta rakyat Malaysia yang menjadi pendokong misi ini
01:51atas kepedulian dan kepimpinan yang amat berhormat Perdana Menteri serta pihak Kerajaan Malaysia yang begitu bersungguh-sungguh berusaha menggunakan hubungan erat diplomatik antarabangsa untuk negosiasi ini
02:08serta proses mengeluarkan 23 rakyat Malaysia.
02:13Sumut Nusantara menzahirkan ucapan terima kasih dan terharu mewakili seluruh keluarga, delegasi, kepada seluruh rakyat Malaysia yang menzahirkan sokongan yang luar biasa
02:32dalam mengikuti misi untuk mendesak dan juga membebaskan Gaza.
02:39Pihak SNCC mengesahkan 137 daripada 462 peserta flotilla dari beberapa buah negara
02:51iaitu Amerika Syarikat, Amerika Arab Bersatu, UAE, Algeria, Maghribi, Itali, Kuwait, Libya, Mauritania, Switzerland, Tunisia, Jordan
03:08termasuk Malaysia yang telah ditahan, telah dibebaskan dengan bantuan Kerajaan Turkiya.
03:16Sumut Nusantara mengajak semua pendokong untuk terus mendoakan agar baki delegasi global sumut flotilla GSF
03:29yang masih dalam tahanan dapat dibebaskan segera.
Comments