Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaannya di peringkat antarabangsa apabila berjaya mempertahankan kerusi sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di bawah Kategori III bagi penggal 2025 hingga 2028.

Transcript
00:00Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaannya di peringkat antarabangsa apabila berjaya mempertahankan kerusi sebagai Ahli Majlis Pertubahan Penebangan Awam Antarabangsa, IKO, di bawah kategori 3 bagi penggal 2025 hingga 2028.
00:14Sekaligus, Malaysia kekal sebagai Ahli Majlis IKO selama 7 penggal berturut-turut sejak 2007.
00:20Kerjaya itu diumumkan selepas proses pengundian sempena perhimpunan agung IKO ke-42 yang berlangsung di Montreal, Canada pada Selasa.
00:27Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan memaklumkan dalam pengundian itu, Malaysia memperolehi 154 undi dan berada di kedudukan ketujuh daripada 15 negara yang bertanding.
00:39Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu UAE pula muncul sebagai penerima undi tertinggi dengan masing-masing meraih 170 undi diikuti Morocco 162 dan Cuba 161.
00:51Keputusan itu mencerminkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap komitmen negara dalam memajukan keselamatan, inovasi serta kemampanan sektor penerbangan awam global.
01:01Kata kenyataan itu, delegasi Malaysia keperhimpunan kali ini diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibullah,
01:08dengan pelbagai usaha dilakukan termasuk 42 mesyuarat dua hala dan pelbagai hala bersama ketua-ketua delegasi serta pertubuhan serantau.
01:16Pada awalnya, 14 negara bersaing untuk merebut 13 kerusi di bawah kategori 3, namun kegagalan Rusia mempertahankan kerusi di bawah kategori 1 dan 2,
01:26membuka satu lagi kekosongan, sekaligus menjadikan jumlah pencalonan meningkat kepada 15 negara.
01:32Pencapaian Malaysia pada pengundian kali ini adalah yang terbaik dengan peningkatan jumlah undi berbanding 136 undi pada 2022 yang meletakkan negara di kedudukan ke-13 daripada 14 calon.
01:43Seiring mandat baru ini, Malaysia menegaskan komitmen berterusan terhadap RKO dalam memastikan keselamatan penerbangan,
01:50menyokong inisiatif inovasi dan memperjuangkan kemampanan industri penerbangan global,
01:55selain memperkukuh infrastruktur strategik serta keupayaan institusi untuk melahirkan generasi profesional penerbangan masa depan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended